SEARCH

2 Dress Di ASK 2018 Pilihan Kami & Ini Adalah Sebabnya

2 Dress Di ASK 2018 Pilihan Kami & Ini Adalah Sebabnya

Anugerah Skrin 2018 atau ASK 2018 berakhir pada malam Jumaat lepas. Menyaksikan kemenangan tak terduga dan tak dijangka yang ada antaranya membuatkan kami melopong itu seperti biasalah. Apa-apa pun tahniah buat semua pemenang! Nah, lupakan perkara tersebut dan bukan itu yang kami mahu cakap hari ini. Kami mahu recap semula karpet merah ASK 2018 dan menilai siapa meraih dress terbaik.

Good job buat beberapa selebriti lelaki yang bersiap dalam sut klasik formal malam itu dan tidak ada gaya-gaya sut merepak meraban. Seperti yang selalu kami tegaskan, stail tak akan pernah salah jika memakai sut-sut klasik untuk acara-acara anugerah sebegini.

Pabila menyentuh gaya pilihan kami malam ASK 2018 tempoh hari, ada dua yang sangat-sangat menonjol dan menarik perhatian. Yakni gaya Sharifah Sakinah dan Ain Edruce. Kami tertarik dengan fiil ‘selamba’ Sakinah dan keberanian Ain sewaktu hadir ke karpet merah. Kami rasa, best dress harus diberikan kepada mereka berdua ini!

best dress ask 2018 sharifah sakinah

Sakinah mempersiapkan diri dalam gaun labuh menudungi lantai yang direka khas oleh Afiq M dan pabila dia melengkapkan gaya itu dengan sepasang sniker putih, kami terpegun. We were like… wait a minute, that was really cool! Sniker putih Converse X Off White bersama gaun formal labuh hitam untuk karpet merah? Woah, sekali lagi, itu memang cool.

Apa yang Sakinah lakukan pada malam ASK 2018 itu berjaya menerbitkan perbualan orang ramai. Tak semua selebriti lokal seberani itu. Ia mencetus satu detik yang akan terpahat dalam pemikiran dan tidak akan luput daripada ingatan. Ingat lagi bagaimana Elyana muncul berkaki ayam ke anugerah-anugerah sebelum ini? Well, sekarang, tiba giliran Sakinah pula yang mengulang sejarah terindah karpet merah anugerah lokal.

Idea rekaan di sebalik dress tersebut adalah mengolah semula estetika himpunan musim bunga panas 2019 dan pemilihan warna hitam pula adalah kesepakatan antara Afiq dengan Sakinah sendiri. Kata Afiq, mereka mahu sesuatu yang glamor dan pada masa yang sama masih lagi kelihatan bersahaja. “Jadi, kami fokus kepada clean lines, subtle draping dan butiran asimetri pada hemline. Dan ditambah lagi dengan poket!” Kata Afiq.

Soal siapa punya idea dress bersama sniker putih, balas Afiq, “Itu adalah idea Sakinah.” Kata Afiq, Sakinah menyebut-nyebut untuk mengenakan sniker putih bersama dress tersebut sewaktu sesi menyedang. Barangkali kerana Sakinah terfikir belum pernah ada lagi yang menggayakan dress bersama sniker ataupun dia mahu sesuatu yang menyelesakan? “Dress itu sangat versatil. Jadi dari segi styling, tidak ada masalah untuk pakai apa-apa kasut pun,” sambung Afiq.

best dress ask 2018 ain edruce

Ain Edruce memilih dress yang unik untuk ASK 2018. Kalau orangnya tinggi lampai persis model, pakai helaian art-to-wear pun akan nampak cantik. Ditata oleh Andrea Kee, Ain menyarung dress putih krim rekaan Wei Hao Yong. Dress yang disempurnakan dengan tekstur, unexpected detailing dan siluet unik ini menjadi pilihan Andrea untuk Ain.

Sama seperti Afiq, Aaron daripada Wei Hao Yong merujuk semula himpunannya yang terdahulu – di mana dia menafaskan semula butiran-butiran, namun mengubah sedikit idea dengan menggunakan fabrik yang dia tidak pernah guna yakni fabrik berjemeki. “Agak mengejutkan kerana rekaannya berhasil! Draping works brilliantly. Dia menambah sheer cape untuk menjadikan ia sedikit glamor,” kata Andrea.

Mengapa memilih Wei Hao Yong untuk Ain? Kerana Andrea mahu mengetengahkan jenama lokal tersebut. “Saya pernah menampilkan rekaan-rekaan serta menggunakan pakaian-pakaian Wei Hao Yong untuk projek styling sebelum-sebelum ini. Saya rasa hasil kerjanya sangat menakjubkan. Saya begitu tertarik dengan pemilihan fabrik, kehebatannya dalam mencipta tekstur, draping dan seumpamanya,” jelas Andrea.

Berdasarkan pemerhatian Andrea, kekuatan Wei Hao Yong adalah pada tekstur yang terbentuk daripada fabrik yang dia guna. Reaksi Ain sewaktu Andrea mencadangkan Wei Hao Yong, “Saya suka rekaan-rekaannya! It’s never been seen and let’s give him a try!”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE