SEARCH

Balmain X Beyonce, Idea Dibangkitkan Atas Tujuan Amal

Balmain X Beyonce, Idea Dibangkitkan Atas Tujuan Amal

balmain x beyonce capsule

Tiga bulan lalu, Beyonce did it again. Meligatkan aksinya dan seperti selalu, dia ‘mengganas’ di atas pentas. Pada waktu itu, dia berada di arena Coachella yang dikatakan telah memahat sejarah. Beyonce menghidupkan keterujaan sehingga menyemangati semua yang datang terutama sekali #teamBeyHive yang berpeluang menyaksikan kedahsyatan persembahannya. Paling terkesan adalah reunion Bey dengan Kelly Rowland dan Michelle Williams – yes people, the Destiny’s Child – yang diselitkan sekali sepanjang acara tersebut.

Di samping itu, antara yang menjadi highlight adalah pertukaran baju-baju Bey yang sangat epik! Setiap baju yang dipakai oleh Bey di Coachella masa itu adalah hasil rekaan Balmain yang sampai ke sudah diperkatakan. Bey mengganti penampilan untuk lagu-lagu yang berbeza – daripada gaya like a true Coachella yakni baju panas labuh bersama jean pendek ala Daisy duke sehinggalah penampilan mewah laksana permaisuri.

And guess what? Perpaduan Bey dan Balmain diteruskan lagi. Jumaat lepas, Olivier Rousteing dan Bey melancarkan koleksi kapsul, hasil kerjasama akal budi mereka berdua yang bermatlamat mengumpul dana untuk tujuan amal!

Balmain X Beyonce adalah koleksi kapsul merch yang membariskan ceraian-ceraian baju panas yang dipakai oleh Bey ketika persembahan dua jamnya di Coachella – ingat lagi baju panas berhud warna kuning dan merah jambu tersebut? Yes, exactly that. Koleksi kapsul ini hadir dalam tiga warna. Selain kuning juga merah jambu yang dipakai oleh Bey, ia turut menampilkan warna hitam yang disempurnakan tipografi ala-ala motif tulisan Greek sororiti.

Dijual di butik-butik Balmain terpilih di Paris juga di atas talian, hasil jualan koleksi ini akan disalurkan pada United Negro College Fund disertakan bersama derma USD 100,000 untuk empat kolej yang mengkhususkan pelajar-pelajar berkulit hitam. “Pendermaan ini adalah objektif utama Balmain X Beyonce,” kata Olivier.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE