Posted on September 11, 2025

Jenama fesyen global Levi’s® menutup tirai kempen REIIMAGINE dengan penuh bergaya melalui pelancaran The Denim Cowboy, hasil kerjasama bersama ikon muzik dunia, Beyoncé. Filem pendek berdurasi 90 saat ini bukan sekadar penutup, tetapi babak kemuncak yang menggabungkan tiga episod terdahulu (Launderette, Pool Hall dan Refrigerator), diinspirasikan daripada iklan klasik Levi’s® era 80-an dan 90-an. Lebih menarik, ia turut disertakan suntingan eksklusif lagu “Levi’s Jeans” daripada album pemenang Grammy Beyoncé, Cowboy Carter.
Filem dengan Sentuhan Kreatif Bertaraf Dunia
Disutradarai oleh pemenang Anugerah Grammy, Melina Matsoukas, dengan sinematografi Marcell Rév serta lensa fotografi Mason Poole, The Denim Cowboy menjadi karya visual penuh naratif. Salah satu momen paling ikonik adalah ketika Beyoncé memenangi permainan pool, lalu hadiah utamanya didedahkan sebagai seluar jeans 501® – dipakai oleh aktor terkenal Timothy Olyphant.


Dari Pentas ke Jalanan
Kerjasama ini mencapai puncaknya ketika Jelajah Cowboy Carter di Las Vegas. Pada persembahan terakhir Beyoncé, ikon ini bersama keseluruhan kru penarinya menyalakan pentas dengan padanan denim berkilau daripada koleksi Beyoncé x Levi’s® – rekaan yang diinspirasikan daripada semangat berani kempen REIIMAGINE. Penampilan ini bukan sahaja menjadi momen visual yang menakjubkan, tetapi juga simbol kepada keberanian untuk berekspresi melalui denim.
Pelancaran The Denim Cowboy turut disokong dengan kempen global menyeluruh meliputi televisyen, digital, media sosial, dan paparan luar rumah – menegaskan tradisi Levi’s® dalam berkolaborasi bersama bakat kreatif paling berpengaruh dunia.

Koleksi Denim Beyoncé x Levi’s®
Sebagai sebahagian daripada filem ini, Levi’s® turut memperkenalkan koleksi denim baharu Beyoncé x Levi’s®. Koleksi ini menampilkan gabungan warisan denim Levi’s® dengan estetika glamor Beyoncé yang penuh keyakinan:
- Western Crystal ‘90s & Shrunken Trucker – helaian dengan kilauan kristal yang mencuri perhatian.
- Seluar jeans ‘90s 501® – diinovasikan semula untuk gaya moden, digayakan bersama jaket denim bagi “head-to-toe denim look”.
- Perincian berani – termasuk ikatan tali, batu perhiasan, sulaman eksklusif, serta jahitan arkuat berganda pada poket belakang.
Setiap helaian turut dilengkapi dengan tampalan kulit khas BEYONCÉ X LEVI’S®, menandakan sebuah penyatuan warisan dan kreativiti.

Dengan pelancaran ini, Levi’s® bukan sahaja meraikan pemerkasaan dan ekspresi diri, tetapi juga menutup kempen REIIMAGINE dengan babak penuh gaya – menyatukan warisan ikonik Levi’s® dengan visi artistik Beyoncé. Koleksi Beyoncé x Levi’s® membuktikan denim kekal sebagai simbol budaya, ekspresi dan gaya sepanjang zaman
.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?