SEARCH

Black Dress Di Cannes Ke-71 Jadi Palet Utama STAIL.MY

Black Dress Di Cannes Ke-71 Jadi Palet Utama STAIL.MY

Sungguhpun dress warna-warni, penuh gemerlapan dan padat jemeki berona-rona mengikat perhatian ramai di Festival Filem Cannes ke-71 tahun ini, tetap kod black dress ‘memincuk’ kami! Kod dress rona hitam takkan pernah salah, malah pilihan terbaik untuk digayakan acara formal penuh martabat yang dihadiri oleh undangan-undangan A-Lister sedunia.

Julianne Moore, Cate Blanchett, Chloe Sevigny sehinggalah model-model ternama seperti Anja Rubik dengan Joan Smalls semuanya melaram gah menggemilangkan keunggulan rona hitam di temasya Cannes baru-baru ini.

Bukan tanda berkabung atau rasa sugul. Secara peribadinya bagi saya, payah untuk mengaitkan hitam dengan konotasi negatif. Just that, rona hitam itu memiliki ketersendirian. Lebih-lebih lagi bila rona asas tersebut diolah atas nama fesyen… everything will turn out right.

Maka itulah tidak mudah menidakkan black dress atau dress hitam untuk sesuatu yang berprestij. Baik dress atau gaun klasik mahupun moden, jika curahan rona hitam yang menyimbah, ok, everything’s cancelled. I mean, knowing an LBD (little black dress) will never go wrong, makes you lit A.F.

Rona hitam membenarkan eksperimentasi dari aspek penggayaan. Kita tahu hitam pasti ‘hidup’ jika potongan rekaannya tradisional. Tetapi pada rekaan yang memerihalkan manipulasi pola, siluet structured atau architectural, rekaan penuh drama juga yang bersifat artistik tidak pernah gagal.

Opsyen selamat? Sudah tentulah. Tetapi apa yang magik fasal hitam?

black dress cannes festival 2018 anja rubik

Di Festival Filem Cannes sahaja menyaksikan ragam selebriti-selebriti ternama mempertaruhkan dress berona hitam sebagai salah satu opsyen penampilan mereka. Kami paling suka dress Saint Laurent Paris yang dipakai oleh Anja Rubik di tayangan perdana filem BlackkKlansman. Dress column berleher decollete, dengan lengan structured itu nampak ringkas tetapi berjaya meraih perhatian.

Berbicara tentang Saint Laurent Paris, Julianne Moore yang mempersiapkan diri dalam dress hitam daripada jenama yang sama juga menjadi pilihan kami. Dress bentuk bustier asimetri yang disarung oleh Julianne membuatkan dirinya masih lagi menjunjung takhta wanita ada kelas.

Tak lupa juga kelainan rona hitam yang dipamerkan oleh Kristen Stewart sewaktu tayangan Todos Los Saben, masculinity Catrinel Marlon di tayangan perdana Ash Is The Purest White dan gaya eksentrik Joan Smalls. Ayuh, kita lihat kuasa sihir dress hitam yang lain di festival Cannes minggu ini!   

black dress cannes festival 2018

Julianne Moore

Saint Laurent Paris

Joan Smalls

Roberto Cavalli

Cate Blanchett

Giorgio Armani

Eva herzigova

Dior

Kristen Stewart

Chanel

Catrinel Marlon

Ermanno Scervino

Chloe Sevigny

Chanel


Marion Cottilard

Valentino

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE