SEARCH

Bottega Veneta Pre-Fall 2019 Jadi Celine-Ish / Philophile-Ish?

Bottega Veneta Pre-Fall 2019 Jadi Celine-Ish / Philophile-Ish?

Terlalu banyak perubahan dalam lapangan fesyen melewati kita tahun ini. Meredah keributan ekonomi zaman sekarang, menuntut pembaharuan dan tak canda dengan risiko yang diambil. Bottega Veneta juga tidak terkecuali. Selepas 17 tahun menjadi kepala dalam Bottega Veneta, Tomas Maier akhirnya meninggalkan ia juga. Digantikan oleh Daniel Lee, mantan pengarah bahagian pakaian sedia pakai di Celine.

Jadi, adakah Daniel menggemilangkan estetika Celine pada Bottega Veneta yang baharu ini?

Sebelum munculnya Daniel Lee, sewaktu Tomas Maier mengetuai bahagian kreatif Bottega Veneta, jelas terbias spektrum Italianness pada estetika-estetika rekaannya. Daripada cara dia menghubungkan intreciatto bersama kuasa fesyen Itali, gaya-gaya saban musim yang mengkhayalkan kita pada akar tunjang Itali dan seumpamanya yang bersangkut paut dengan Itali.
bottega veneta pre-fall 2019 daniel lee

Dengan tampuk kepimpinan baharu di Bottega Veneta, seperti payah untuk Daniel Lee menyingkir jati diri yang dia semat pada Celine. Dengan langkahnya sederap, bersama-sama membawa keindahan Celine – mungkin sedikit – ke Bottega Veneta.

Debut Daniel di Bottega Veneta adalah himpunan Pre-Fall atau pra-musim luruh 2019 yang diperlihatkan baru-baru ini. Tidak ada pertunjukan pentas, sebaliknya sekadar dihidangkan dalam bentuk persembahan. Melepaskan imej-imej lookbook yang disimbah oleh rekaan-rekaan terbaru Daniel. Bahkan imej-imej lookbook Bottega Veneta pra-musim luruh 2019 ini juga mengingatkan kita pada kempen-kempen fesyen Celine ketika era Phoebe Philo dan Daniel – that whole raw-looking images, yang diolah dalam rupa minima dan bersahaja.

Bukan itu sahaja, malahan nada rekaan Daniel banyak dipengaruhi oleh Celine. Ia seperti menjalin sekali gagasan Parisienne, bersama-sama Italianness yang selama ini menjadi prinsip Bottega Veneta. Contohnya seperti tidak menepis sensuality sepanjang himpunan pra-musim luruh ini, yang sememangnya membayangkan fesyen-fesyen Parisienne. Helaian-helaian yang direka berdasarkan kelangsingan tubuh, ditambah lagi gaya-gaya malas serta slouchiness seperti lengan baju yang menudungi tangan dan seluar-seluar dalam potongan sedikit labuh.

Sama juga dengan himpunan lelaki, seperti siluet yang mengikut bentuk tubuh dibalas dengan ceraian longgar di bawah dan ada pengaruh aspek kesukanan.

Namun secara keseluruhannya, kami suka pada himpunan terbaru Bottega Veneta oleh Daniel ini! Segar, sedikit idiosinkratik dan berbeza jika dibandingkan dengan yang terdahulu. Walau apapun, Daniel tidak menghapuskan falsafah utama Bottega Veneta daripada ingatannya yakni natural ease. Biarlah tidak sama seperti apa yang pernah diperjuangkan oleh Tomas, tetapi ia masih mengunci perkataan ‘natural ease’ pada rangka-rangka rekaannya.

Apa yang uniknya lagi fasal Bottega Veneta oleh Daniel ini adalah, keberanian dia mengait tekstur identiti anyaman pada helaian-helaian seperti seluar kulit juga baju panas fabrik kait yang membuktikan kehebatannya dari segi manipulasi pola.     

 

bottega veneta pre-fall 2019 daniel lee

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE