SEARCH

Brown Represent! 5 Model Lelaki Asia Berjaya Di Persada Antarabangsa

Brown Represent! 5 Model Lelaki Asia Berjaya Di Persada Antarabangsa

Cakerawala fesyen sekarang lebih terbuka. Tidak lagi disuap oleh kejombangan wajah kaukasia sahaja, sebaliknya sudah menerima kepelbagaian wajah. Selepas wajah Asia oriental, kehadiran model-model plus-size dan model-model bertudung, tiba masanya brown represent meronai persada antarabangsa.

Tidak ada apa yang nak dihairankan lagi dengan dunia fesyen masa kini yang mentakzimkan diversifikasi. Mempersembahkan kepelbagaian adalah ‘sukatan’ yang diperjuangkan oleh dunia fesyen… and not just in the womenswear industry, but menswear too! Menyentuh aspek model, berbanding sebelum-sebelumnya, sekarang model-model India dan Sri Lanka sudah menghiasi pentas-pentas serta kempen-kempen fesyen utama. Seperti yang kami jelaskan di atas tadi, bukan sahaja model-model perempuan India, malah lelaki pun!

Kemunculan model-model lelaki India dan Sri Lanka di atas pentas-pentas peragaan mahupun kempen-kempen fesyen sudah mula mekar berkembang juga mencorakkan ‘progresif’ industri fesyen. Daripada Versace ke Ralph Lauren dan Louis Vuitton, gerombolan model lelaki India ini means business. Bukan ‘main-main’, mereka mahu mengubah wawasan dunia fesyen!

Antara jenama generasi baharu yang menenggelamkan timbangan berat sebelah dan berjaya mengangkat darjat diverisifkasi adalah Fenty oleh Rihanna. Rihanna dan Fenty menyunting model-model perempuan India sebagai wajah rasmi untuk kedua-dua kempen kecantikan serta fesyennya. Mereka mengglobalkan wajah Naomi Janumala dan Chawntell Kulkarni yang kini meraih perhatian segenap dunia. Selain dua nama ini, nama-nama model perempuan India yang kita familiar termasuklah Pooja Mor, Bhumika Arora dan sudah tentulah, Lakshmi Menon.

brown represent model india

Lalu muncul pula model-model lelaki India dan Sri Lanka yang datang dalam pakej rencam – dari aspek wajah unik, gaya, perawakan, karakter serta pembawaan diri – yang menepati selera jenama-jenama antarabangsa. Segar dan membawa pembaharuan! Menurut artikel daripada India Today, “Model-model lelaki India sudah mula mendapat perhatian, berjalan untuk the big four – Paris, Milan, London dan New York.” Dan mereka kini bernaung di bawah agensi-agensi terulung dunia seperti Elite Model Management dan IMG Models.

RISHI ROBIN

Rishi Robin antara model lelaki India who made it big nowadays. Memiliki muka tampan dan bersegi, killer jawline dan ‘dibekalkan’ renungan mata tajamnya yang kelihatan brooding, menempatkan dirinya bukan sahaja di atas pentas-pentas ternama – seperti Versace, Zegna dan Lanvin – malah menjadi wajah utama untuk kempen fesyen Salvatore Ferragamo.

JEENU MAHADEVAN

Selain Rishi, nama Jeenu Mahadevan yang ethnically Sri Lanka, juga antara yang paling diingati. Dia memiliki susuk jijak maskulin dengan gaya rambutnya yang wavy dan sudah tentu, killer jawline. Jeenu sudah banyak kali menghiasi pentas-pentas peragaan. Portfolio Jeenu termasuklah Givenchy, Prabal Gurung, Dolce & Gabbana dan Loewe. Dan dia adalah wajah rasmi unutk kempen Ralph Lauren!

PRATIK SHETTY

Mengikut jejak model lelaki India lain, adalah Pratik Shetty. Berdasarkan artikel India Today, Pratik berjalan untuk 15 pertunjukan fesyen sewaktu minggu fesyen lelaki musim bunga panas 2020 dan menutup pentas Lanvin. Memiliki raut wajah muda milenial, tinggi dan bak kameleon – kerana dia bisa nampak muda dan mengubah dirinya untuk kelihatan matang pada masa sama – masa hadapan Pratik begitu cerah dalam industri fesyen.

MUSTAFA DAWOOD

Mustafa Dawood berwajah unik. Dia pernah mewakili India untuk pertandingan Elite Model Look pada 2017 namun dia tidak terpilih untuk top 15. Ia tidak mematikan semangatnya. Dengan dukungan ayahnya, Mustafa terus berjuang dan dia kini sudah menakluki persada antarabangsa. Berjalan untuk pentas MSGM, Etudes, menghiasi editorial fesyen dan menjadi wajah untuk lookbook Rochas, semua Mustafa ‘kaut’!

TUHIR BRAHMBHATT

Tuhir Brahmbhatt ingat lagi detik dia berjalan untuk debut Louis Vuitton di Paris. Menurut cerita Tuhir yang dikongsikan bersama Elle, Virgil Abloh datang sendiri kepadanya untuk memberi nasihat dan menenangkannya. Sama seperti model lain, Tuhir tidak putus-putus rezekinya dalam dunia modelling dan senantiasa booked untuk jenama-jenama terbesar dunia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE