SEARCH

Buckled Shoe, Masih Lagi Statement Gaya Musim Ini?

Buckled Shoe, Masih Lagi Statement Gaya Musim Ini?

Adakah buckled shoe masih ‘in’, lebih-lebih lagi bila kita sudah mula mengetuk pintu musim luruh dingin? Itulah yang menjadi persoalannya, saat saya ditanya oleh beberapa teman. Saya mencari-cari jawapan dan setelah meneliti trend aksesori musim ini dengan bersungguh-sungguh, saya memperoleh keputusan : ya! Buckled shoe atau kasut bergancu masih belum hilang dari radar!

Saya tidak punya apa-apa sanggahan terhadap kasut buckle hanya kerana feature-nya, yakni tali bergancu. Kasut buckle berjaya menjadikan aspek tali bergancu tersebut sebagai butiran utama, lantas ia sudah diolah dalam rupa rencaman. Sebelum-sebelum ini, I’m not sure about you guys, namun saya sering disuap oleh fakta bahawa kasut buckle asalnya, bertujuan untuk keselamatan. Kamu pakai, pasang tali gancunya umpama sama fungsinya dengan pakai tali pinggang. Itu sahaja.

buckled shoe fall winter 2019 prada

Kini, ia adalah ‘hiasan’ yang melanjutkan poin ekstra kepada kelainan atau keunikan kasutnya – the buckle itself. Contohnya, Prada. Kasut but Prada Vitello Lux Nero bergancu meraih perhatian sewaktu pentas musim luruh dingin 2019 kerana Miuccia Prada sengaja menambah lilitan beg pau kecil pada talinya. Sepertikan beg pau kecil untuk menyimpan dan ‘membungkus’ duit syiling. Miuccia membiarkan nada rekaan kasut but tersebut yang mencerminkan aspek militari bercampur dengan khayalan idea romantik. Ditambah pula tapak tebalnya seakan-akan bergerigi, menjadikan ia unik. Statement gaya!

 

Sama juga dengan Moschino, di mana Jeremy Scott tidak alang-alang menggunakan tali bergancu pada rekaan kasutnya sebagai ‘ruang’ ekspresi buat dirinya. Tali bergancu yang bersifat dekoratif, dilengkapi batu-batuan berwarna, gancu berona emas serta disempurnakan oleh hiasan tipografi logam yang bertulis ‘MOSCHINO’. Malah cara lilit pakainya pun berbeza – ia dililit pada pergelangan kaki dan sebahagian talinya yang ada hiasan logam ‘MOSCHINO’ umpama jatuh cantik pada tumit belakang.

Berbanding Fendi, berdasarkan pemahaman kami, tali bergancu pada but paras buku lalinya lebih condong kepada sekadar… hiasan tambahan. Tidak ada fungsi pun. Cuma, ya, seperti yang kami nyatakan, sekadar hiasan. Lilitan luar biasa yang membelit melilit tapak kasut, menyuntik seri pada rekaan kasut PVC-nya.

Jadi, kalau kamu tanya sekali lagi, “Adakah buckled shoe trending musim luruh nanti?” Dengan positifnya, saya pasti menjawab “Ya!”


CARA PAKAI BUCKLED SHOE MUSIM INI!

Altuzarra F/W 2019

Etro F/W 2019

Dior F/W 2019

 Cedric Charlier F/W 2019

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE