SEARCH

Burberry Daripada Riccardo Tisci Sudah Digayakan Oleh Selebriti-Selebriti Ini!

Burberry Daripada Riccardo Tisci Sudah Digayakan Oleh Selebriti-Selebriti Ini!

Now that whole ‘talked-about’ Burberry by Riccardo Tisci is over. Setelah puas menyaksikan himpunan debut tersebut ketika minggu fesyen London pada September lepas. Apa rupanya transisi Riccardo daripada Givenchy ke jenama yang menjunjung warisan Inggeris, isu tentang Riccardo mengubah logo monogram Burberry dan memperbaharui Burberry menerusi koleksi ‘Kingdom’ yang akhirnya tersingkap jua.

Riccardo memeterai janji. Dia tunduk kepada teras kekuatan jati diri Inggeris dan katanya ‘Kingdom’ memberi penghormatan kepada keunggulan Britain.

Pertama kali kita diusik dengan rekaan debut Riccardo Tisci untuk Burberry adalah pabila Vogue U.S isu September 2018 yang menampilkan Beyonce dilepaskan. Di mana Beyonce terlihat menggayakan dress one-of-a-kind Burberry yang direka khas oleh Riccardo untuk penggambaran tersebut. Dress wrap labuh yang ultra-feminin yang padat dengan butiran-butiran seperti hiasan. Menurut Riccardo, idea di sebalik rekaan ini adalah menggemilangkan kewanitaan, beriringan dengan sorotan semangat juang fesyen masa kini.

Dan Beyonce terus menggayakan rekaan customize Burberry daripada Riccardo Tisci – full blown bustier-bodysuit dengan sulaman kristal penuh bersama ceraian jubah labuh – ketika konsert tour ‘On The Run II’ di NRG Stadium di Houston bulan lepas.

Selepas Riccardo mementaskan himpunan debut Burberry pada bulan September yang lalu, rekaan-rekaannya tidak berkeputusan dirai dan digayakan oleh selebriti-selebriti ternama! Antaranya, M.I.A yang muncul muncul dengan rekaan musim bunga panas 2019 Riccardo untuk Burberry sewaktu dia menghadirkan diri ke tayangan perdana dokumentarinya, Matangi / Maya / M.I.A di London. Manakala Rihanna pula menggayakan dress trench sutera trompe l’oeil di Dubai.

Jadi, siapa lagi yang sudah menggayakan Burberry musim bunga panas 2019 daripada Riccardo Tisci?

SELEBRITI-SELEBRITI DALAM BURBERRY DARIPADA RICCARDO TISCIBURBERRY RICCARDO TISCI

ANOK YAI

IRINA SHAYK

CAREY MULLIGAN

JOAN SMALLS

M.I.A

JULIA ROBERTS

MADONNA

RIHANNA

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE