SEARCH

Burberry Monogram Pertama Daripada Riccardo Tisci

Burberry Monogram Pertama Daripada Riccardo Tisci

Masa beredar terlalu cepat. Dalam tak sedar sudah masuk tiga musim Riccardo Tisci berpayung di bawah nama Burberry dan memimpin jenama tersebut. Tidak mendapat tentangan, disanjung kerana membawa pembaharuan dan beroleh pujian kerana berjaya menghalusi daya kreatifnya ke atas jenama yang memelihara warisan tertingginya, Riccardo sepertikan tak bisa ‘ditumbangkan’.

Apa sahaja yang Riccardo lakukan terhadap Burberry tidak merenggut statusnya sebagai seorang pengarah artistik, masakan usahanya menghidupkan semula logo bersejarah Burberry ‘TB’ – kerjasamanya dengan Peter Saville – dicela.

burberry monogram

Riccardo yang menemukan logo tersebut daripada arkib Burberry, lalu membuahkan satu inspirasi untuk dia gubah kepada kod baharu Burberry dan kini ia diperkenalkan buat julung kali menerusi himpunan monogram-nya!

What I wanted to do with the collection was to celebrate the breadth of who we speak to as a brand. Bersama-sama ikon-ikon kreatif semasa serta yang mendatang, yang sangat kreatif dan berbakat, membuatkan saya rasa berbesar hati dengan pencapaian kempen fesyen himpunan monogram ini,” jelas Riccardo.

burberry monogram

Sederap melangkah dengan himpunan monogram TB yang sudah mula dijual secara global pada bulan Mei ini, kempen fesyen rasmi yang menampilkan Gigi Hadid turut dilepaskan bersama. Menyentuh hal kempen fesyen pertama himpunan monogram daripada Riccardo Tisci ini, pemilihan Gigi Hadid sebagai wajah rasmi bertepatan dengan selera Riccardo. Bak kameleon, Gigi menyandiwarakan empat watak yang berbeza-beza dalam kempen ini – The Girl, The Boy, The Lady dan The Gentlemen; bersandarkan pengutaaraan empat karakter yang mendasari cerita pertunjukan fesyen Burberry baru-baru ini.

burberry monogram

Dan bercakap tentang kolaborasi Riccardo bersama ikon-ikon kreatif dalam menjayakan kempen fesyen ini, dia merekrut bukan calang-calang orang. Nick Knight bertindak sebagai fotografer, manakala Peter Saville disunting sebagai pengarah kreatif. Katy England diambil sebagai penata gaya utama, Isamaya Ffrench bersama-sama Gary Gill pula masing-masing sebagai jurusolek dan penata gaya rambut.

burberry monogram

Jaluran Monogram distingtif dalam rona merah, hitam dan putih, disempurnakan dengan logo interlocking TB. #ThomasBurberryMonogram menampilkan rangkaian kemeja T besar, seluar sutera, beg kamera, stoking serta kasut pump untuk The Girl. The Boy pula tersedia baju berhud, topi besbol, beg bum, beg sandang, kasut sniker dan beg barrel.

The Lady membariskan kot nilon, kemeja sutera, skirt sutera potongan A-line, beg tote, skaf dan kasut pump. The Gentlemen pula menampilkan kot nilon, topi beanie rib-knit dan kemeja.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE