SEARCH

Burberry Riccardo Tisci Boleh Dibeli Dalam Masa 24 Jam!

Burberry Riccardo Tisci Boleh Dibeli Dalam Masa 24 Jam!

Tanggal 17 September ini, waktu London (hari Selasa waktu Malaysia), adalah detik untuk menyaksikan himpunan julung kali Riccardo Tisci di Burberry. Mengusap tanda rasa tak sabar, penuh debaran dan bangkit antisipasi dalam lingkungan pencinta-pencinta fesyen segenap dimensi kerana mahu melihat apa yang bakal Riccardo bawakan. Tindakan Burberry membuatkan orang tidak bisa lagi beranjak daripada peralihan kuasa juga pertukaran yang satu hari nanti menyimpul sejarah fesyen dunia.

Dua perkara – Riccardo dalam mengepalai jenama yang begitu kuat menjunjung jati diri Inggeris dan bagaimana agaknya rupa Burberry selepas tidak lagi di bawah seliaan Christopher Bailey – menjadi sorotan penting di London Fashion Week kali ini.

And, guess what? Apa sahaja produk yang kamu lihat di atas pentas Burberry daripada Riccardo Tisci ketika LFW atau London Fashion Week nanti, boleh dibeli dalam masa 24 jam sejurus selepas pertunjukannya pada 17 September ini!

Itulah yang membuatkan Burberry dikenali. Modus operandi dalam mengejar, mengubah dan mencabar norma pasaran lazim industri fesyen. Menyingkir spesifikasi musim, sebaliknya menampilkan pertunjukan atau himpunan seasonless – memperkenalkan February Show dan September Show – dan memperkenalkan konsep pasaran ‘See Now, Buy Now’ – seperti yang semua sudah sedia maklum, apa yang terlihat di atas pentas pertunjukan masa itu boleh dibeli terus.

burberry riccardo tisci 24 hours product

Mantan ketua pegawai kreatif Burberry, Christopher Bailey pernah menyatakan hasrat (dalam Business Of Fashion) mengapa Burberry melangsungkan idea pasaran sebegini, terutama sekali ‘See Now, Buy Now’, adalah untuk mengait hubungan erat antara “experience that we create with our runway shows and the moment when people can physically explore the collections for themselves.”

Apabila Burberry dititipkan kepada Riccardo selaku pengarah kreatif baharu, idea pasaran yang sama diteruskan. Tetapi dalam cara yang berlainan. Seperti yang dijelaskan di atas tadi, ia akan mula dijual selama 24 jam, menerusi beberapa siri dan memberi akses kepada orang untuk membeli produk-produk tertentu selepas tamat pertunjukan.

Melalui apa? Rekaan-rekaan edisi terhad ini dibeli secara eksklusif melalui Instagram serta WeChat Burberry bermula pada jam 5.30 petang, hari Isnin 17 September (waktu London). Berbeza dengan ‘See Now, Buy Now’ sebelum-sebelum ini, ini adalah kali pertama Burberry membabitkan diri dengan metode bespoke digital selling experience untuk saluran-saluran media sosial mereka.

Pada masa yang sama, butik flagship Burberry di 121 Regent Street juga akan menjalankan operasi menjual produk-produk selama 24 jam ini. Riccardo akan mengubah bahagian dalaman butik tersebut di mana aspek tematik menyuasanai ruang-ruang tertentu dalam merai masa hadapan dan masa lampau jenama Burberry.

Minggu fesyen London yang meyamperi, sementelahan mendengar berita baik daripada Burberry ini… oh my, something to look forward to this year’s London Fashion Week! Tamat sudah NYFW, bersedia untuk LFW? 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE