SEARCH

Lauren Hutton, 73, Antara Bintang Kempen Iklan Calvin Klein Underwear Arahan Sofia Coppola

Lauren Hutton, 73, Antara Bintang Kempen Iklan Calvin Klein Underwear Arahan Sofia Coppola
Calvin Klein Underwear
Lauren Hutton, Gambar: Calvin Klein

 

Calvin Klein Underwear
Maya Hawke, Gambar: Calvin Klein

 

Sekali lagi di bawah arahan kreatif Raf Simons, kempen iklan Calvin Klein Underwear mencipta impak besar musim bunga ini. Bukan sahaja kerana SImons meminta Sofia Coppola mengarahkan kempen iklan ini tetapi juga ia memaparkan wanita-wanita pelbagai usia dari usia 18 menggayakan helaian dalam Calvin Klein hingga kepada Lauren Hutton yang berusia 73 tahun. Coppola yang memilih, mengarah dan memotretkan iklan ini.

Nama-nama besar lain yang menyertai kempen ini ialah Rashida Jones, Kirsten Dunst, Laura Harrier, Nathalie Love, Maya Hawke (anak perempuan Ethan Hawke bersama Uma Thurman) dan Chase Sui (anak saudara Anna Sui). Hutton yang dianggap tergolong dalam kelompok wanita yang sering dilupakan dalam dunia underwear, digayakan dengan sheer bra dan blaus tak dibutang .

Kirsten Dunst yang juga muse dan collaborator Coppola (dia juga bakal berlakon dalam filem baru Coppola, The Beguiled), turut dipaparkan dalam kempen ini menyarung bra hitam. Kesemua mereka dalam kempen ini menyebut tagline baru, “Calvin Klein, or nothing at all”.

Calvin Klein Underwear
Laura Harrier, Gambar: Calvin Klein

 

Calvin Klein Underwear
Kirsten Dunst, Gambar: Calvin Klein

Calvin Klein Underwear
Rashida Jones, Gambar: Calvin Klein

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE