Posted on August 4, 2020
Ingat lagi kali pertama menonton filem Can’t Hardly Wait yang membariskan pelakon-pelakon seperti Jennifer Love Hewitt, Ethan Embry, Peter Facinelli, Seth Green dan ramai lagi. Punyalah suka saya pada filem Can’t Hardly Wait, kerana bagi saya filem itu agak lawak, memerihalkan jalan cerita remaja yang berparti sakan satu malam, menggambarkan kisah orang muda yang suka melawan dan menyusun enam karakter utama yang berbeza-beza fiil. Tahun 1998 filem Can’t Hardly Wait dikeluarkan dan saya tidak menontonnya di pawagam – rasa-rasanya ia tidak lepas untuk dipertontonkan di pawagam masa itu, kerana filem tersebut yang mencerminkan budaya remaja barat berparti sakan, bebas minum alkohol, keinginan untuk mengadakan hubungan seks dan ketidaksesuaiannya dengan budaya remaja kita.
Namun, saya dan adik-beradik saya berjaya juga menonontonnya. Menerusi video yang disewa dari kedai sewa video – yeap, zaman sewa video dari kedai – dan lantaran itu, kami menukas menonton Can’t Hardly Wait. Berulang-ulang tak kira masa, sampaikan hafal beberapa skrip atau dialog. “Would you like to touch my p***s?” adalah antara dialog yang saya ingat. Lol!
Apalagi permulaan ceritanya yang disaingi lagu alternatif 90an, opening title menggunakan font yang sememangnya menggambarkan tipikal filem remaja rom-com serta aksi gerombolan anak muda menyebarkan khabar bahawa parti besar-besaran akan diadakan. Kemudian kita diperkenalkan dengan setiap watak utama seperti Preston Myers, Denise Fleming, Mike Dexter, William Lichter, Kenny Fisher dan Amanda Beckett dengan cara wajah masing-masing terpampang ala foto dalam yearbook. Seterusnya, beransur ke babak parti, muncul pula watak-watak lain seperti si perempuan yang taasub dengan mengumpul tandatangan orang dalam yearbook, a bunch of weirdos, jocks, perempuan-perempuan popular di sekolah, perempuan anti-sosial dan macam-macam lagi. Everything about it is so 90’s! Entahlah. Zaman 90an seperti ada obsesi terhadap dunia remaja yang bermacam-macam watak dan keremajaan yang memberontak. Seperti mana dalam muzik video New Radicals. ‘You Get What You Give’… yang sangat ‘remaja 90an’.
Pabila Can’t Hardly Wait dimainkan semula di Netflix baru-baru ini, saya menontonnya lagi. Hanya untuk mengobar-ngobarkan semula semangat remaja 90an yang tersemat dalam jiwa saya. Haha! Dan saya sedar sesuatu. Saya sedar bahawa filem Can’t Hardly Wait sebenarnya sangat underrated dan tidak dipercakapkan sangat. Apatah lagi tentang fesyen-fesyen yang ditampilkan dalam Can’t Hardly Wait, sedangkan filem tersebut pernah disenaraikan sebagai antara best high school film. Kesemua fesyen atau stail yang ditonjolkan dalam filem Can’t Hardly Wait sangatlah “1998”! Menurut pandangan peribadi saya, fesyen pada masa itu ada yang mula menghargai gaya yang lebih ringkas, tone down dari aspek warna pemakaian. Barangkali keringkasan gaya adalah kerana 1998 adalah tahun yang menghampiri era millennium – ingat lagi, ada yang menjangkakan fesyen era millennium menjadi ringkas kerana pengaruh futuristik, lol. 1998 juga menyaksikan fesyen yang berbelah bahagi, kerana ada juga yang dipengaruhi oleh gaya-gaya urban dan masih stuck dengan gaya radikal 90an.
Kiranya, pendek kata, menjurus kepada gaya yang ringkas dan nampak timeless adalah definisi fesyen tahun 1998. Oh, dengar khabar, dalam satu podcast tahun lepas, sekuel Can’t Hardly Wait dalam perancangan dan Jennifer Love Hewitt ada menyuarakan hasratnya untuk mengarah sekuel tersebut.
KENNY FISHER ADALAH IKON FESYEN SAYA
Like if I remember correctly, how I dressed in 1998, ketika saya berusia 12 tahun, hampir sama seperti dalam filem Can’t Hardly Wait. Bukan sahaja cara saya seorang berpakaian, namun juga cara berpakaian remaja-remaja lain zaman itu. Like, IRL. Saya boleh relate dengan stail Kenny Fisher (yang dilakonkan oleh Seth Green) dalam Can’t Hardly Wait. Seluar labuh mencecah lantai, – pada waktu itu, orang selalu berlawak, cakap seluar labuh boleh menyapu jalan – dengan kemeja T besar, jaket adang angin dan gogel was my thing. Just like how Kenny is in Can’t Hardly Wait. Seluar labuh adalah statement. Saya ingat lagi bagaimana saya dan abang saya ke Sungei Wang Plaza, mencari seluar labuh yang hampir sama seperti seluar Kenny Fisher.
FESYEN TIMELESS
Can’t Hardly Wait ‘meringkaskan’ fesyen 90an dan ia menterjemahkan cita rasa fesyen 1998 yang saya nyatakan di atas tadi. Seperti mana yang terlihat pada beberapa wataknya. Termasuklah watak utama. Jadi, selain Kenny Fisher dan teman-temannya, ada beberapa watak dalam Can’t Hardly Wait mencerminkan fesyen ringkas tahun 1998 yang saya maksudkan. Contohnya, watak Mike Dexter yang sekadar berkemeja T ketat dan Amanda Beckett yang mengenakan kutang body-hugging dengan skirt potongan ringkas. Yang menariknya, seandainya gaya mereka berdua itu digayakan pada masa sekarang pun, ia tidak ditanggap sebagai ketinggalan zaman. I mean, sekarang pun kita lihat semua orang lebih selesa bergaya ringkas sebegitu, kan?
PAKAIAN DALAM SANGATLAH 90AN!
Apa pandangan anda?