SEARCH

Menswear Fashion Week F/W 2019 : Debut Lelaki Celine… Inovatif?

Menswear Fashion Week F/W 2019 : Debut Lelaki Celine… Inovatif?

Sudah terduga? Mungkin juga. Membuatkan kita menggenyeh bibir, merenyutkan kening dan tarik nafas dalam-dalam, memikirkan apa sebenarnya. Pertama kali Celine himpunan lelaki diperlihatkan kepada umum adalah sesuatu yang sudah terjangka? Deretan ‘perisitiwa’ debut Hedi Slimane untuk Celine himpunan perempuan musim bunga panas 2019, bagai bisa mengira-ngira apa yang bakal dihidangkan oleh Hedi.

Sut potongan untuk lelaki kurus kering, jaket kulit, fabrik kulit serta polyvinyl, imej rock psikedelik juga mod dan seluar slim… semuanya yang menajamkan bayangan kita fasal Hedi, terserlah megah di atas pentas himpunan debut lelaki musim luruh dingin 2019 / 2020.

Mengulang kembali sesuatu yang pernah kita lihat. Tidak beralih akal, bersandar pada prinsip dan apa yang dia percaya, itulah Hedi. Seperkara tentang Hedi adalah, sungguhpun tak digemari ramai dan mendapat tentangan hebat, dia tidak goyah sekali pun. Dia tidak jenuh jemu untuk meneruskan jua, mengait aspek yang berkemungkinan meregangkan hubungannya dengan Philophiles.

Hedi tidak peduli. Untuk debut himpunan lelaki Celine-nya, dia berpaut pada piawaiannya – seperti dalam perenggan kedua, yakni sut skinny, seluar slim, material kulit dan imej rock. Apa yang dia tebar, pasti tidak mengharumi ribuan bicara orang dan dia ambil risiko tersebut. Untuk himpunan lelaki ini, Hedi namakan ia ‘Polaroids Of The British Youth’ dan seperti sudah boleh agak apa yang ‘berkecamuk’ dalam fikirannya pabila mendengar perkataan ‘British’ juga ‘Youth’. Kecintaan Hedi pada semangat ‘Youth’ itu takkan padam, malah dari dahulu lagi.

Jadi, meneliti himpunan lelaki Celine oleh Hedi Slimane ini, pada pendapat kamu, adakah ia inovatif? Atau bagus kerana Hedi meneguhkan jati dirinya? Barangkali inovasi itu terletak pada the fact is, ia adalah himpunan lelaki pertama buat jenama Celine – sesuatu yang tak pernah Celine ada – dan inovasi itu adalah dia semat identitinya, lalu mengubah Celine?

Untuk himpunan lelaki ‘Polaroids Of The British Youth’ daripada Celine ini, Hedi merencanakan perjalanan dia di London sebagai pangsi ilhamnya. Pengaruh Hedi terhadap lapangan muzik British, terutama sekali genre gerakan muzik Indie, New Wave serta post-Punk yang memacu pertumbuhan ideanya. ‘Polaroids’ yang Hedi maksudkan dalam himpunan ini kononnya bersangkutan dengan mendokumentasikan gerombolan muzik ini.

celine menswear debut hedi slimane fall winter 2019 2020

Tidak hairanlah mengapa rekaan-rekaannya seperti bisa membayangkan susunan muzik rock dalam kepala kita. Ceraian-ceraian potongan langsing serta sedikit longgar dibalas sut-sut tailored, ada yang dilapis bawah kot-kot labuh kashmir, jaket juga seluar daripada material kulit, motif harimau bintang, corak tartan dan ada juga denim malah jaket kolar Nehru, yang mencerminkan muzik Indie British.

It’s good that Hedi memerihalkan penceritaan dia dalam himpunan debut ini. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu mengapa rekaan-rekaannya sedemikian rupa. Sama ada ia menimbulkan rasa takjub itu, masih lagi tinggal tanda tanya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE