SEARCH

#Recap Celine Daripada Hedi Slimane : Raih Pelbagai Reaksi

#Recap Celine Daripada Hedi Slimane : Raih Pelbagai Reaksi

Hedi Slimane berkata, “Mengapa perlu menghasilkan sesuatu yang pengarah kreatif Celine yang terdahulu pernah lakukan?” Selepas Hedi dilantik menyandang tugas mengepalai bahagian kreatif jenama Celine, khabar ini telah membangkitkan perkiraan di antara lingkungan pencinta-pencinta fesyen.

“Bagaimana Hedi yang sangat taasub dengan imej 80’s-rockstar bisa menyisip semua itu ke dalam Celine?”

“Adakah Celine akan berubah wajah? Ataupun ia kekal dengan identitinya, tetapi dalam garapan estetika Hedi Slimane? Is it going to be interesting?”

celine daripada hedi slimane

Gambar daripada youtube.com

Sebaik sahaja mandat dititipkan kepada Hedi, pertama-tama, dia mengubah logo ‘CELINE’ – yang belum apa-apa, sudah mengundang kontroversi. Kemudian, apabila Hedi melepaskan imej-imej atau visual CELINE yang baru, dia menampilkan model-model yang bersangkutan dengan cita rasanya – overwhelmingly-white-waifish-models.

Satu-persatu ‘belang’ Hedi keluar. Segala kegusaran, kegemuruhan dan antisipasi tercetus. Terus terbit satu lagi persoalan, sama ada Celine mengambil langkah yang betul atau tidak dengan melantik Hedi sebagai pengarah kreatifnya?

Minggu lepas, apabila debut Hedi untuk Celine dipertunjukkan di minggu fesyen Paris… ia mendinginkan suasana! Bak kata orang, ‘bukan senang nak puaskan hati semua orang’. Ya, tidak semua suka atau berpuas hati dengan apa yang Hedi lakukan terhadap Celine. It reeks Saint Laurent!

celine daripada hedi slimane

Gambar daripada vogue.com

That whole big puffy-bow mini dress, ropol-ropol sarat pada bodice, kilat-kemilau, bahu distrukturkan, ceraian-ceraian sendat, rekaan-rekaan uniseks dan siluet-siluet familiar semuanya mengembalikan kegemilangan Hedi sewaktu dia di Saint Laurent. Hedi masih lagi dibaluti oleh aspek-aspek youth culture bertemu alterna-rock dan kuasa 80an. Mana perginya estetika kewanitaan Celine yang dipandu oleh Phoebe Philo selama ini? Dan Celine membiarkan konsep kewanitaan atau keperkasaan wanita itu lenyap begitu sahaja selepas Hedi menyelia bahagian kreatifnya?

Pada hari pertunjukan Celine daripada Hedi minggu lalu, Tommy Ton menangkap gambar beberapa sekumpulan wanita yang berkumpul di luar acara. Tommy menulis kapsyen, “Today a group of women gathered to honor Phoebe Philo. From head to toe, they proudly wore their Celine to celebrate the beautiful work Phoebe and her team did over the last ten years. They bonded and gushed over stories of what Celine has meant to them in their lives. The Celine that they have always loved and cherished will live forever in their hearts. Thank you Phoebe for giving us Celine.”

Sad, but major shade! Kedengaran seolah-olah sedikit salty dengan apa yang ‘berlaku’ dengan Celine yang baru.

Malah, Lou Stoppard – penulis juga penyumbang artikel British GQ – dengan sejujurnya melepaskan geram dalam Twitter, menulis “Celine was f***ing horrible. A big f**k you to women who just wanted something non-demanding to wear.”

celine daripada hedi slimane

Gambar daripada vogue.com

Sarah Mower daripada vogue.com pula menyuarakan pendapat bahawa Hedi masih ‘berdegil’, di mana pengaruhnya terhadap budaya muzik dan anak muda masih belum goyah. Sarah menulis, “In this much-anticipated third coming at Celine, Slimane proved in 96 looks that his laser focus on his music-club vision of youth has not wavered.” Namun Sarah tidak menentang Hedi seratus peratus. Dia membalas balik kenyataannya itu secara optimis, beranggapan bahawa mungkin tetap akan ada sekelompok wanita (mungkin daripada Philophile) yang datang membeli Celine daripada Hedi.

Dalam Refinery29, Landon Peoples juga sama seperti Sarah. Dia berterus terang mengatakan apa yang dia tidak puas hati dengan Celine yang baru ini. Tetapi Landon memberi satu gambaran kepada kita tentang ada baiknya perubahan yang dibawakan oleh Hedi. Dalam tulisannya, dia menjelaskan tentang peningkatan jualan Saint Laurent apabila dikepalai oleh Hedi dan Bernard Arnault (Pengerusi LVMH) mengatakan yang Hedi mampu melangsungkan perkara yang sama di Celine, barangkali dalam masa lima tahun.

celine daripada hedi slimane

 

Betul, payah untuk kita terus ‘melatah’ dan cepat membuat kesimpulan. Memang ya, tidak tahu lagi apa agaknya akan terjadi dengan Celine dalam masa akan datang. Mungkin sekarang macam-macam tohmahan yang dilemparkan kepada Hedi, tetapi entah-entah kelak, semua orang mahu membeli Celine yang baru.

Pendapat kami? Well, disruption is good. Terutama sekali dalam fesyen – ingat lagi ketika Alessandro Michele mula-mula menyelia Gucci? Tetapi untuk mengubah satu-satunya kod dress yang menggemilangkan kuasa wanita, membuatkan wanita ada rasa ‘assurance’ dan superioriti, kemudiannya menyuntik idea bahawa ‘apa yang dibawakan oleh Hedi’ ini yakni 80’s-glam-youth-Paris-La-Nuit adalah definisi wanita yang baru…bunyinya seperti agak mementingkan diri sendiri. Dan agak terburu-buru.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE