SEARCH

Chopard Menghiasi Bintang-Bintang Ternama Di Cannes

Chopard Menghiasi Bintang-Bintang Ternama Di Cannes

Chopard, antara jenama yang menjadi rakan rasmi temasya Festival Filem Cannes kali ini dan sudah tentu, aksesori pilihan bintang-bintang terkemuka di atas karpet merah! Selepas satu demi satu acara berprestij berlangsung minggu ini, kini tiba giliran Festival Filem Cannes ke-71 pula mencuri perhatian segenap dunia! Seperti biasa, Festival Filem Cannes menyaksikan bintang-bintang ternama ligat bersiap dan mengindahkan diri dalam pakaian-pakaian mewah, semuanya tak beralah bergaya. Lebih-lebih lagi aksesori Chopard yang menyempurnakan keseluruhan penampilan!

Ayuh lihat jelitawan-jelitawan yang memperlengkapkan diri dalam kilauan Chopard di temasya yang menjunjung martabat dunia perfileman ini.

SELEBRITI-SELEBRITI MENGGAYAKAN CHOPARD DI CANNES

chopard 71st cannes film festival cate blanchett

Cate Blanchett
Aktres juga Presiden untuk barisan juri festival filem Cannes ke-71, Cate Blanchett memilih anting-anting Chopard daripada Red Carpet Collection dalam set titanium dengan nilam warna kuning 42 karat, tsavorite 11.26 karat, garnet 24.6 karat bersama cincin daripada Temptations Collection dalam emas merah jambu yang menampilkan tanzanite berbentuk bujur 55.52 karat, garnet spesartin 10.87 karat, nilam warna biru dan jingga.

Araya Hargate
Pelakon asal Thailand berdarah kacukan Inggeris, Araya Hargate menghiasi diri dalam set anting-anting 18ct emas putih dengan berlian-berlian 27.48 karat, berserta set gelang tangan 18ct emas putih dengan berlian-berlian 47.37 karat dan cincin 18ct emas putih yang menampilkan mutiara juga berlian-berlian South Sea daripada High Jewelry Collection.

Zhao Tao
Zhao Tao mennyempurnakan gayanya dengan anting-anting daripada Precious Chopard Collection. Anting-anting 18ct emas putih, menampilkan nilam berbentuk kusyen 31.93 karat dan berlian-berlian 13.77 karat.

Khadja Nin
Penyanyi dari Burundi yang juga bertindak sebagai ahli juri Festival Filem Cannes ke-71, Khadja Nin memilih anting-anting 18ct emas putih bersama berlian-berlian 16.19 karat yang menyerupai bentuk sfera di bawah dan menirus ke atas. Berserta cincin 18ct emas putih berupa berlian bulat 10.06 karat dan berlian-berlian daripada High Jewelry Collection.

Isabella Adjani
Aktres Perancis, Isabella Adjani menyarung rantai 18ct emas putih dan merah jambu yang menampilkan berlian-berlian 451.37 karat pelbagai rona, disempurnakan lagi oleh gelang tangan set titanium biru dengan berlian-berlian 73.9 karat, set gelang 18ct emas putih bersama nilam-nilam 13.28 karat multi-rona juga berlian-berlian daripada High Jewelry Collection.

Georgia May Jagger
Model Inggeris, Georgia May Jagger menyerlah pabila menyarung gelang tangan set platinum berlian-berlian 93.2 karat berbentuk marquise, gelang dalam set platinum berlian-berlian 30.61 karat dan juga cincin 18ct emas putih berlian-berlian 5.35 karat berbentuk marquise daripada High Jewelry Collection.

Celina Jade
Aktres asal Hong Kong, Celina Jade memakai anting-anting daripada Green Carpet Collection. Set anting-anting 18ct emas putih Fairmined bersama berlian-berlian, cuff 18ct emas putih dilengkapi berlian-berlian 50.34 karat, cincin 18ct emas putih dengan berlian-berlian bentuk pear 5.02 karat yang semuanya datang daripada High Jewelry Collection.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE