SEARCH

Cloudbust Thunder, Adakah Ia Saingan Triple S?

Cloudbust Thunder, Adakah Ia Saingan Triple S?

Mampukah kasut baharu Prada yakni rangkaian Prada Cloudbust Thunder mengatasi Balenciaga Triple S? Prada Cloudbust Thunder yang dijangka meronai gaya-gaya jalanan sewaktu minggu fesyen tidak berapa lama sebelum ini mengaut perhatian dan dikatakan akan diterima sejagat, lantas menjemput saya untuk berbicara di sini. Mungkinkah sudah masanya untuk mengucapkan “selamat tinggal” kepada Balenciaga Triple S?

Tenggelam gundah pencinta-pencinta sniker, terutama sekali pencinta-pencinta sniker tebal bak sniker ‘hodoh’ grandpa. Kerana dihidangkan satu lagi jenis sniker tebal yang dipercayai akan membudayakan trend. Boleh jadi kaki-kaki mereka seolah-olah mempunyai perasaan, yang terusik oleh rasa jera kerana tak mahu lagi dibaluti oleh kasut yang tiga lapis tapaknya. Barangkali, kaki-kaki tersebut bersedia untuk merasai gelombang kasut yang tapaknya bergigi rongak ini pula. Menikmati kasut yang ketebalan tapaknya tiga dimensi dan lebih chunkier dengan karakter yang lebih kompleks.

Prada Cloudbust Thunder yang pada mulanya ditampilkan di atas pentas musim luruh digin 2019 adalah tambahan baru buat keluarga Cloudbust. Kasut yang kelihatan kompleks dari aspek rekaanya (seperti yang dinyatakan di atas), disempurnakan oleh elemen getah sebagai feature utama dengan ‘façade’ panel berbeza-beza dan seakan-akan mengkonsepsikan sifat-sifat industrial pun ada.

Saya berfikir-fikir juga sama ada Cloudbust Thunder ini satu hari kelak akan mencapai harga resell yang jauh lebih tinggi daripada harga asalnya, sama seperti Balenciaga Triple S. Adakah Cloudbust Thunder akan menyaingi Triple S, sampai ke tahap pabila ia dijual semula, harganya lebih seribu dua dan menuahi jenama Prada sehingga berjaya ‘mengubrak-abrikkan’ gerombolan sneakerhead dan menjadi bestseller item.

Belum pasti lagi sama ada ia akan terjadi atau tidak. Setakat ini, Cloudbust Thunder tidaklah sedahsyat Triple S. Kerana tak terlihat lagi ia menjadi ketaasuban gaya-gaya jalanan atau dipakai oleh rata-rata penggemar fesyen. Malah, carian Google Prada Cloudbust Thunder pun tidak ada banyak sajian gambar-gambar orang yang memakainya mengitari mana-mana jalanan – iyalah, mungkin sebab Cloudbust Thunder masih ‘baru’ lagi dan tambahan pula, orang sedang taasub dengan hasilan The New Bottega. Dan belum dengar lagi Cloudbust Thunder yang fake, kerana Triple S sudah ada yang fake. Faham-fahamlah kalau menyebut tentang fake.

cloudbust thunder prada sneaker

hypebae.com

Mengapa kami samakan Cloudbust Thunder dengan Triple S adalah kerana kami lihat kedua-duanya punya sifat yang hampir sama. Tebal, bersaiz besar ‘raksasa’ malah harga runcit kedua-duanya pun dekat sama. Triple S dijual pada harga 795 US Dollar, manakala Cloudbust Thunder – menerusi laman sesawang Prada sendiri – dijual pada harga 895 US Dollar.

Sejujurnya, saya suka kasut Cloudbust Thunder ini. Mengenali Prada, ia tidak pernah gagal memperkenalkan rekaan-rekaan kasut yang bisa mencorakkan budaya – ingat lagi Prada Brogues yang tebal melampau platform-nya, yang dilengkapi tapak jute? Bila hadir saja Cloudbust Thunder, saya menaruh perhatian terus kepadanya. Kesimpulannya, adakah akan adanya budaya Cloudbust Thunder nanti?

MENERUSI TANDA PAGAR CLOUDBUST THUNDER DI INSTAGRAM PUN MASIH BELUM BEGITU BANYAK LAGI. INI DI ANTARA YANG SUDAH MENGGAYAKANNYA!

View this post on Instagram

🔥⚙️🔥 #cloudbustthunder

A post shared by R (@ricardoluevanos) on

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE