SEARCH

Sukanya Pada Animasi Jepun, Diabadikan Sebagai Sumber Ilham Kolaborasi!

Sukanya Pada Animasi Jepun, Diabadikan Sebagai Sumber Ilham Kolaborasi!

Michael B Jordan mengkhayalkan dirinya dalam satu animasi Jepun. Apa yang terkandung dalam bayangannya adalah, dia ‘memimik’ sosok bak seorang ninja muda bernama Naruto. Berjalan melewati jalanan Tokyo yang basah ditimpa hujan, disaingi refleksi cahaya neon dan suasananya sepertikan penuh magis. Michael nampak keliru, di kepalanya ada ribuan fikiran, “Adakah ini realiti atau separa fantasi?”

Begitulah ‘cerekarama’ Michael B Jordan yang menggembleng kecintaannya pada animasi, bukan sahaja bersama fantasinya, malah dunia fesyen. Coach merealisasikannya dan ya, ia diolah menjadi sumber inspirasi kolaborasi. Memperkenalkan himpunan kapsul Coach X Michael B Jordan yang menunjangi Naruto sebagai ilham utama!

michael b jordan coach naruto animasi jepun

Dimbimbing oleh Stuart Vevers, kolaborasi bersama Michael serta VIZ Media – penerbit dan pengedar anime Amerika – ini memperlihatkan terapan grafik-grafik dan motif-moti animasi Naruto juga ikonografi utama. Contohnya, motif lingkaran gelombang power rank Naruto sebagai penghias belakang badan jaket, mencorakkan mega berilhamkan stail animasi Jepun pada lining jaket, motif ‘World Ninja Championship’ pada kemeja T dan bentuk senjata shuriken – senjata seorang ninja – dijadikan grafik utama pada rekaan beg.

Jauh sekali Michael menjurus, nun ke seberang samudera untuk mencari inspirasinya, namun dia tidak meminggir terus jati diri Coach. Seperti gaya-gaya New York, ciri-ciri utilitarian, siluet-siluet yang menggambarkan pangsi identiti Coach dan seumpamanya, sungguhpun Michael menyemat aspek yang bersifat peribadi. Bak kata Stuart, kerjasama yang mencetus satu pengalaman menakjubkan, kerana Coach bukan sahaja berpeluang mengamati kecintaan seorang bintang Hollywood, malah mendalami sesuatu yang dekat dengan budaya dan komunitinya. “…It was important to design pieces that represent my cultural influences and my community,” bilang Michael.

Kisah di sebalik pemilihan Naruro sebagai ilham utama juga bersangkut paut dengan kehidupan Michael dan matlamat Coach. Kerana Naruto, seorang outsider yang meraih respek daripada komunitinya, bagai mencerminkan kisah peribadi Michael. Yang mandi keringat mengaburi pemisah dalam arena Hollywood dan ia melaungkan objektif Coach dalam mencemerlangkan komuniti serta membina keberanian.

BAGAIMANA UNTUK ‘PLAY DRESS UP’ SEBAGAI NARUTO VERSI COACH X MICHAEL B JORDAN

NARUTO BERTEMU MAD MAX

 Ilham gaya dystopian, umpama pertemuan dunia ninja dengan fantasi Mad Max. Jaket denim shearling pakai bersama kemeja T putih bercorak grafik animasi Naruto untuk menghidupkan kontra. But ala but hiking dengan beg sandang yang disempurnakan corak shuriken bagi kelihatan sedikit adventurous.

WHAT IF… NARUTO DI NEW YORK?

 Baju berhud adalah pilihan terbaik untuk menggambarkan gaya New Yorker. Entahlah, ada sesuatu fasal New York serta gaya baju panas berhud. Apatah lagi baju berhud dengan panel corak mega ala animasi Jepun, dipakai bersama seluar kargo utilitarian yang penuh poket. Bum bag melintang di dada dan sniker sebagai pelengkap gaya.

michael b jordan coach naruto

SI FANATIK ANIMASI JEPUN!

 Apa yang bisa disimpulkan seandainya keseluruhan gayanya adalah beg bercorak mega animasi Jepun yang terbabar luas motif shuriken, jaket serta kemeja T yang dihiasi ikon watak Naruto dan kasut but yang juga ada corak senjata Ninja? A true Naruto fan, just like Michael B Jordan!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE