Posted on May 11, 2020
Memandangkan semalam kita baru sahaja merai si ibu, tergerak di hati untuk mengusulkan imej cool mom sebagai inspirasi gaya hari Isnin. Apalagi dengan dedahan kita melihat sosok-sosok si ibu yang cool di media sosial – baik selebriti mahupun teman-teman kita sendiri – menimbulkan keterujaan!
“I’m not a regular mom, I’m a cool mom.” Skrip si ibu Regina George dalam cereka Mean Girls itu sampai ke sudah membekas dalam kepala. Bila sebut sahaja cool mom, terus susuk jijak si ibu Regina George yang berbegar dalam fikiran. Tetapi, kami tidak mahulah lagak ibu Jersey yang suka memakai set baju panas Juicy Couture warna senada diterjemahkan sebagai cool mom tahun 2020. Mahupun imej ibu “Karen-I-Wanna-Speak-To-Your-Manager”. Oh, hell no!
Kami membayangkan cool mom yang reti berfesyen. Seperti Chriselle Lim “Your Rich Mom”. Yes! Jika bercakap fasal gaya Chriselle, terlalu banyak yang kami suka sementelahan pula dia menjadikan platform media sosialnya – seperti Instagram dan Tik Tok – untuk berkongsi gambar-gambar #OOTD. Daripada bagaimana dia mendandani dirinya dalam gaya streetwear-ish mengitari jalanan ketika minggu fesyen ke gaya menyarung ‘work-from-home’ blazer, sehinggalah memakai kemeja T muscle yang bahunya berpad daripada The Frankie Shop (trend padded shoulde sleeveless muscle tee ini tengah trending sekarang!). Itu barulah cool mom.
Ataupun seperti top model, Coco Rocha yang bukan sahaja gayanya cool tetapi personaliti serta dirinya sendiri pun juga cool. Dan sudah tentu, contoh selebriti lokal yang patut dianugerahkan gelaran cool mom adalah… Scha Al-Yahya! Pabila menyentuh bab berfesyen, serahkan saja pada Scha. Bagi kami, Scha adalah epitome atau lambang cool mom Malaysia. Tidak dinafikan.
Ayuh. Dengan menjadikan cool mom sebagai inspirasi, kami atur beberapa gaya atau tip stail untuk rujukan kamu. Manalah tahu, tiba masa kamu pula untuk bergelar cool mom.
MOM KNOWS THE DRILL
Dari kiri : Jaket Coach, skirt Levi’s, kasut Dior, kaca mata Giorgio Armani & beg Burberry
Ada sesuatu tentang penggayaan jaket bomber yang menjadikan seseorang individu itu celik berfesyen. Apatah lagi jaket bomber bisa digayakan dress up atau dress down. Sekadar untuk keluar sebentar, sarung sahaja jaket bomber. Untuk keluar berpesta, pakai sahaja jaket bomber. Malah untuk pergi kerja pun, tak salah memakai jaket bomber. Begitu juga seorang ibu bila dia memasang badannya dengan jaket bomber. Ia menunjukkan bahawa dia tahu what looks good on her. Dipadankan lagi bersama skirt denim wrap, kitten heels, beg silang dan kaca mata yang extra-looking… nah, she knows what to do.
MOM ‘ME TIME’
Dari kiri : Kaca mata Dior, beg Anya Hindmarch, dress Loewe, tali pinggang Burberry & kasut COS
Barangkali gaya ini cocok dengan imej berlibur atau bersahaja di hujung minggu. Menyarung dress ala sun dress yang sarat perincian lembut dan romantik seperti ropol-ropol, ditambah pula dengan aksesori-aksesori lain – seperti beg jinjit ala beg raga, kasut sarung flat dan aksesori tambahan lain – mengekspresikan gaya ibu yang relaks. Gaya ibu yang umpama mencerminkan yang segala urusan hariannya dilaksanakan dengan tersusun dan dirancang dengan baik. Seperti ‘tenang’ melihat si ibu bergaya sebegini.
NOT A REGULAR MOM
Dari kiri : Kemeja putih COS, jean Zara, kasut Loewe, beg lilit Dior & rantai kolar H&M
Bagaimana seorang ibu berjaya menjadikan mom’s jeans kelihatan tidak terlalu outdated atau serba tak kena? Dengan memadukan jean tersebut bersama ceraian serta aksesori-aksesori yang berani! The best thing about mom’s jeans nowadays, ia tak lagi dilihat sebagai ceraian yang lapuk. Sebaliknya, ia sudah tersenarai sebagai item fesyen mesti ada masa kini – good job moms! Malah, padanan gayanya pun tidak merumitkan. Bila memakainya bersama kemeja putih yang ringkas, tetapi ada aksesori statement – seperti rantai yang bold-looking, kasut atau beg yang statement pieces – terus apa yang terucap di bibir, “Oh okay, I can’t unsee this!”
MOM ON-THE-GO
Dari kiri : Rantai coker Bottega Veneta, blazer Zara, skirt Longchamp, sniker Versace & beg Coach
Dahulu, mungkin kita geli hati melihat imej ibu memakai kasut atau sniker sukan. In fact, orang Perancis dahulu pun pernah mentertawakan orang Amerika memakai sniker bersama pantsuit. Namun, terima kasih kepada kekembalian gaya sniker dipadankan bersama sut pada pertengahan tahun 2010-an, gaya ini tak lagi memelikkan mata kita. Bila sebut sahaja sniker, terus kami memikirkan mom-on-the-go. Dan walaupun si ibu itu menyarung sniker, tidak semestinya dia menyingkir terus penampilan bahagian atasnya. Picture this : sniker, dipakai bersama blazer oversized berona terang, skirt midi dan rantai leher chunky. Disempurnakan lagi oleh beg crossbody. Itulah definisi modern mom.
Apa pandangan anda?