SEARCH

Jurnal #STAILJalanan Busan & Seoul : COS Pilihan Daiyan Trisha & Nabil Aqil!

Jurnal #STAILJalanan Busan & Seoul : COS Pilihan Daiyan Trisha & Nabil Aqil!

Korea Selatan menenun harapan buat kami, sekelompok pengembara, yang datang bukan sahaja untuk menikmati arus kemodenan kotanya, kepesatan hiburannya mahupun kemampanan budayanya, namun untuk menjadi sebahagian daripada latar medan fesyennya juga. Kami belayar menuju ke Busan dan Seoul – dua kota terpenting Korea Selatan.

Pertama kali memijak kaki ke Busan dan Seoul, menguatkan rasa ingin tahu yang memuncak di hati. Hujung bulan Mac yang lalu mengait pengalaman tersebut. Dan berdasarkan pengalaman itu, apa yang dapat kami rumus, dua destinasi ini mencorakkan stail berbeza-beza. Busan lebih santai gaya-gayanya, Seoul pula sedikit ambivert.

cos korea selatan seoul busan daiyan trisha nabil aqil

Untuk merancakkan lagi jelajah Busan juga Seoul, dua personaliti milenial, Daiyan Trisha dan Nabil Aqil diajak bersama menjadi represantasi stail kami sepanjang di sana. Tak putus-putus kami menata gaya mereka berdua ke setiap lokasi terbaik di Busan dan Seoul. Gaya-gaya relaks sewaktu di Busan manakala yang lebih berani ketika di Seoul.

COS menjadi jenama pilihan yang melengkapi gaya-gaya Daiyan dan Nabil di sana. Mengapa COS? Kerana nada gayanya yang minimalis, bisa mengolah citra gaya yang versatil dan menyemangati kami untuk bereksperimen! Terbahagi kepada dua tema yang berbeza bagi mendasari atmosfera kasual Busan dan ala-ala gaya fashionable lingkung anak-anak muda Seoul.

DI BUSAN

Daiyan dan Nabil bersiap dalam COS musim bunga panas 2019. Seperti mana yang kami nyatakan di atas, sewaktu di Busan, Daiyan dan Nabil bersahaja dalam helaian-helaian COS. Setibanya Daiyan dan Nabil ke Busan, suasana awal pagi dingin tidak menyempadani mereka berdua untuk bermain dengan ceraian kemeja juga jaket kemeja denim. Menyarung kemeja silk-blend ala berona kuning zest, untuk dipadukan bersama seluar potongan labuh dan dilapiskan lagi skirt (sama keluarga fabrik dengan seluar) buat Daiyan, mengumpamakan stail workwear yang mempengaruhi gaya seorang pengembara. Moden dan effortless, memperhitungkan sisi elegan Daiyan. Menegaskan kontra yang berselisih dengan sifat kota Busan.

Nabil lebih condong kepada aspek gaya yang menampakkan personalitinya. Nabil yang bersikap acuh tak acuh, ada masanya nakal, membuatkan kami terfikir gaya biru denim untuk dia. Jaket berupa kemeja denim dipadankan dengan seluar kapas berwarna biru kelasi menampakkan keberanian Nabil bergaya dalam rona senada.

Bila menjelmanya malam, berjalan-jalan ke Bay 101 menginspirasikan kami untuk menghiasi kedua-dua represantasi ini dengan sedikit eksperimen. Kami meneruskan sisi elegan Daiyan – pakaikan kot panjang paras lutut, belted out bersama kemeja kapas collarless di dalam. Manakala sesuatu yang ringkas menjadi pilihan untuk Nabil – cukup sekadar kemeja T putih kapas dengan seluar jean labuh.

Saat mengunjungi Gamcheon Village dan kafe Waveon, kedua-dua Daiyan dan Nabil mendandani diri dalam gaya super-kasual. Straightforward dan clean. Nabil bergaya dalam padanan ribbed outerwear berzip berona pastel dan seluar kapas. Daiyan pula sengaja kami pakaikan dress labuh ‘asimetri’ berpola manipulasi dan tidak ada tambahan ceraian lain ke atasnya.

DI SEOUL

Berekskursi ke Seoul mengeluarkan fikiran kami untuk merujuk gaya-gaya streetwear untuk Daiyan dan Nabil. Terima kasih kepada keringkasan gaya atau sifat minimalis dan uniseks COS, ia memberi ruang kepada akal budi kami untuk mempelbagaikan look di Seoul!

Pada hari kami mengitari jalanan-jalanan di Gangnam juga Ikseon-dong, gaya Daiyan dan Nabil jauh lebih bertenaga berbanding di Busan. Kami berani melapiskan dress kapas organik ke atas baju panas sheer pada Daiyan. Its cute and cool at the same time. Kena dengan susuk jijak Daiyan. Nabil tidak mempunyai ‘isu’ pabila menyarung seluar kapas berkaki lebar. Bertubuh tinggi lampai persis model, tidak melemaskan Nabil dalam penggayaan seluar sebegini. Dipadankan lagi dengan kemeja berona kuning yang menyempurnakan siluet Nabil.

Hari-hari selanjutnya di Seoul tidak menghentikan hasrat kami untuk menata Daiyan dan Nabil dengan gaya-gaya unik. Salah satu gaya kegemaran peribadi kami adalah stail skirt over shirt Daiyan. Kami menggabungkan dua helaian daripada fabrik kapas organik, yang saling berbalas menerusi penggayaan skirt di atas kemeja. Nabil turut tidak diketepikan dalam hal ini. Nabil diolah dalam gaya jaket hujan (seakan-akan fabrik kalis hujan) berona metalik bersama kemeja silk-blend di dalam.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE