SEARCH

COS X Studio Swine Indah Dengan Lelaran Ke-3 Instalasi ‘New Spring’

COS X Studio Swine Indah Dengan Lelaran Ke-3 Instalasi ‘New Spring’

cos x studio swine

Akhir Oktober yang lepas, COS dan Studio Swine mengharumi ruang mesra kota Shanghai dan mempesonakan satu dunia dengan kecantikan instalasi seni, hasil kerjasama mereka! Kesepakatan mahupun persefahaman yang terikat di antara COS bersama-sama Studio Swine begitu utuh, membawa hubungan seni dengan fesyen pada tahap yang berbeza – memilih Changning Bell Tower di Shanghai sebagai lokasi instalasi seni yang diberi nama ‘New Spring’.

cos x studio swine

Matlamat untuk mengaburi sempadan antara seni dan fesyen. Integrasi COS dengan Studio Swine masih belum padam. Mereka mencorakkan satu instalasi seni bersifat interaktif, menampilkan reka bentuk abstrak yang seakan-akan mekar dan menghamburkan buih-buih berkabut yang mana pernah merangkul anugerah. Hasilan seni ini kali pertama dicipta dan dipersembahkan di Milan’s Salone del Mobile 2017, kemudiannya ke Design Miami. Bulan lalu, ia berganjak ke Shanghai, menandakan kitaran lawatan global COS dan Studio Swine yang ketiga kali.

Sekali gus, kedatangan New Spring ke Shanghai juga adalah untuk merai sekali pelancaran COS online di segenap bumi China.cos x studio swine

Bila disoal, apakah itu New Spring? Balas Studio Swine, “New Spring is about the universal. Ia sangat ringkas, minima dan bisa diinterpretasikan sebagai apa-apa pun.” New Spring di Shanghai memerihalkan karakter ibu kota tersebut – di mana ia digambarkan seperti pohon willow di taman puspa Cina, disempurnakan oleh art deco yang glamor dan buih-buih itu pula bak bunga-bunga Magnolia.

cos x studio swine

Instalasi seni New Spring ini menerapkan teras utama COS yakni tak makan dek zaman, moden dan taktil. Karin Gustafsson, selaku pengarah kreatif COS, turut mengakui bahawa artis-artis atau pereka-pereka Studio Swine ini berjaya menghidupkan teras tersebut. “New Spring merencanakan perjalanan ilham berdasarkan persekitaran tempat ia dipamerkan,” jelas Karin. Maka itulah ia diolah seperti pohon willow, bunga-bunga Magnolia dan seumpamanya, kerana untuk mengiringi persekitaran lokasi.

cos x studio swine

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE