SEARCH

STAIL.MY Mempersembahkan… Crazy. Sexy. Love!

STAIL.MY Mempersembahkan… Crazy. Sexy. Love!

Sitting Editor / Teks : Ardi Idewani  Arahan Seni / Konsep : Ashura Hakim
Pembantu Penyelaras : Zaidi Che & Ryan Mohamad
Videografer : Darius Chu Solekan & Rambut : Fendi Sani
Model  : McKelly Ayor Lokasi : MOV Hotel

CRAZY. SEXY. LOVE.

“Ada bunga dalam dadanya, yang menazarkan cinta. Akan tetapi dia takut pada kedustaan yang menusuk hatinya. Tidak mahu dicelakakan. Dia tidak ingin menaruh kasih pada insan yang tidak mampu memaniskan hidupnya. Namun dia masih lagi mendahagai insan yang bisa memesrai jiwanya, mekar jadi cinta. Ah! Biarlah cinta datang sendiri!”

Dah namanya cinta. Buat orang jadi mabuk asmara. Itulah ‘Crazy Sexy Love’! Biarpun musim daun gugur dan timbunan salji mengharumi ruang angkasa, it’s always summer when you are in love, no?

STAIL.MY mempersembahkan cereka fesyen – CRAZY SEXY LOVE – memerihalkan jalan cerita si pemudi yang menggetarkan metropolitan dengan ayunan langkah dan rasa lapang, tidak acuh langsung. Apalagi gaya-gaya berisi corak dan penuh warna – cetakan digital, motif blok geometri, corak dekoratif botani juga chevron – yang menggambarkan usikan perasaannya. Semuanya daripada rekaan-rekaan terbaik himpunan musim luruh dingin 2018!
PRADA

Terbitnya inspirasi daripada Fondazione Prada yang Miuccia Prada sematkan dengan kecekalan seorang wanita. Cetakan digital bak percikan warna-warni dimadukan bersama tekstur tweed, mempersonifikasikan kebebasan yang dibayangkan oleh Miuccia.

DIOR

Perak metalik meronai Dior, gabung padan bersama denim dengan cantuman panel yang dilengkapi butiran kelim jahit atas. Maria Grazia Chiuri menukilkan kata-kata Diana Vreeland, “The sixties were about personalities. It was a time of great goals, an inventive time… and these girls invented themselves,” sepanjang menghasilkan himpunan ini.

MOSCHINO

Himpunan Moschino musim luruh dingin 2018 ini merencanakan perjalanan masa Jeremy Scott. Membawa kita ke era 60an, jangka masa Jackie Kennedy adalah ikon fesyen. Motif nakal seperti corak polka dot, simbol ‘Peace’, corak grafik rantai serta tipografi ‘Moschino’ dipertemukan.

LOEWE & FENDI

Loewe menafaskan semula motif chevron rona asas hitam putih pada rekaannya yang tercetus daripada inspirasi Jonathan Anderson – yang memfokus kepada konstruksi pola dan manipulasi fabrik. Dipadankan bersama motif tipografi yang Karl Lagerfeld suntik pada Fendi.

SALVATORE FERRAGAMO

Easiness yang menjadi kata kunci Paul Andrew di Salvatore Ferragamo melangsungkan pembaharuan idea seperti pelagaan corak – mengambil motif yang ada pada skaf, yang bersifat dekoratif dan kebungaan – disematkan ke atas dress skarf ini.

BALLY

Kuning terang bersama ragam hias fauna menterjemahkan tenaga menerusi himpunan Bally musim luruh dingin 2018. Dan ada kisah tersirat di balik corak burung yang berulang. Melambangkan ‘homecoming’, yang dikaitkan dengan ilham retrospektif ke jangka waktu vintaj daripada Bally.

GUCCI

Pertentangan atau kontras yang nyata dari aspek corak,warna juga siluet meriwayatkan ilham ‘Cyborg’ oleh Alessandro Michele untuk Gucci. Apa yang pasti motif organik seperti corak botani yang bersifat dekoratif menjadi butiran dominan musim ini.

EMPORIO ARMANI

Tidak lagi patuh pada peraturan atau tidak terlalu menurut kata menyingkap akal budi Giorgio Armani buat himpunan Emporio Armani musim luruh dingin 2018. Giorgio mahu mengabadikan kebebasan. Dia mencerminkan idea itu pada permainan corak organik serta geometri. Termasuklah motif blok gemoteri berupa ilusi ini.

Cereka fesyen penuh ‘CRAZY. SEXY. LOVE’ di bawah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE