SEARCH

CRUISE 2018: Culture Clash Dior, Prada & Chanel

CRUISE 2018: Culture Clash Dior, Prada & Chanel

Apa yang berlaku jika satu ketika itu kamu di kawasan ngarai atau kanyon di California, kemudiannya berdarmawisata ke institusi seni di Milan, menghadiri pameran dan diangkut menerbangi ruang angkasa Paris tetapi ‘geografinya’ sisa tinggalan seni bina Hellas? The whole idea of resort itu terlaksana – di empat destinasi berlainan (termasuk Greece) dalam satu perjalanan masa. Cruise atau Resort 2018 bagai bermain dengan pancaindera artistik penghulu kreatif jenama dan mengirai cabang estetika yang berbeza-beza antara satu sama lain.

cruise

Cruise first timer Maria Grazia Chiuri di Dior beria-ia menjejaki kanyon Las Virgenes, dihiasi belon udara besar Dior Sauvage dengan ruai tempat duduk beratapkan khemah padang. Dengarnya Chiuri mengambil lukisan dinding Lascaux yang pernah menjadi pangsi inspirasi Monsiuer Dior sendiri, dia olah bersama ilham Georgia O’ Keefe pada topi bertepi lebar, pada kardigan, skirt jumbai, kot dan dress. Hemisfera Barat juga disimpul sekali, tambah-tambah lagi latarnya kanyon. Bagai mengesetkan gaya Revisionist western bertemu si kelana pun ada. Dan L.A dipilih kerana ada sesuatu yang istimewa tentang alam semulajadi yang menjadi butir ideologi Chiuri – and that explains the Lascaux paintings and O’ Keefe’s artistry. Chiuri masih tegar hati dengan ‘Ja’Dior’ (yang masih lagi kelihatan) dan feminine shapes and dreamy lines menjadi perhitungannya, seperti menyaingi seruan feminisme yang pernah dia junjung.

cruise

Speaking of femininity, first time solo Cruise show Miuccia Prada ‘memfantasikan’ elemen feminin dan elegance transformation yang sangat kuat di balai Fondazione Prada di Milan. Dress kemeja dengan bodice yang dicantumkan sheered panel, dengan lengan biskop – yang turut disaksikan pada dress-dress lain – dress shift, helaian A-line shape, sementelah dia bermain-main lagi dengan lisu dan ropol yang menyemarakkan kelembutan pada idea Cruise oleh Prada. Fabrik organza, bulu-bulu dan perincian paillette melengkapkan kod keperempuanan Prada itu. Seperti biasa, tetap ada elemen sporty yang Prada aturkan secara unobtrusive. Fikirkan jaket sukan bermaterial hi-tech, dengan pergelangan tangan cerut serta lengan baju yang dimanipulasikan dalam rupa puff, dengan stokin sukan panjang dan ditata bersama ceraian kolar ruff pendek juga bib beropol. Nampak duality yang saling bertentangan. Ultra moden yang memenuhi kemahuan Prada, walaupun indecisive untuk tentukan pertunjukannya itu Cruise atau tidak.

CRUISE-2018--1-stailMY

An old timer Cruise show, Chanel mereplikakan 360 darjah persada Grand Palais kepada Grecian ruins yang gah ala Parthenon dan mood-nya mengingatkan kita pada Two Faces Of January. Keira Knightley dan Yara Shahidi antara tetamu yang merasai pengalaman Hellas oleh Chanel itu. Keluar saja model pertama dalam helaian material yang sudah sinonim dengan Chanel serta sandal gladiators, terus ia memetik minda yang ilhamnya Greece purba. Disempurnakan lagi look seterusnya yang disimbah motif-motif corak Yunani. Chanel seperti menghidupkan betari yang punya karakter kepahlawanan, cerdik, cantik dan menggoda. Barangkali ini Revisionist Athena? Mungkin. Dan revisiting tidak hanya berpaut pada konseptual, kita boleh lihat bagaimana Karl Lagerfeld mengembalikan struktur tradisional – bentuk kokun dan dress berilhamkan dress toga – dan juga memperbaharui tweed yang dikontraskan sifat asalnya. Diiringi material sheer, sutera, ribbed dan jersi, menebalkan ritma romantik Chanel. Chanel rumuskan lagi dengan accesorizing perincian emas, logam dan seumpamanya, memerikan keseluruhan adicita Lagerfeld.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE