Posted on March 1, 2021
Pengasas WeWoreWhat, Danielle Bernstein baru nak bermanja, menyertai TikTok. Tetapi belum apa-apa lagi, dia sudah dihalau oleh komuniti TikTok?! Girrrrrl, you’re not gonna enjoy your time in TikTok!
Namun, Bernstein (atau mungkin kerja pencipta kandungan media sosial yang diupah oleh Bernstein) sudah delete dan turned off ruang komen di TikTok-nya! Agaknya, kerana dia tidak tahan dengan cercaan orang dan sikap savage Gen-Z yang tidak putus-putus mencela perbuatannya. Jadi, apa yang terlihat kini di TikTok Bernstein adalah jumlah ribuan likes dan share. Ruang komen? Ditutup.
Danielle Bernstein umpama sudah terjerumus ke lembah ‘kehinaan’. Nama dan sosoknya pula seperti sudah menjadi kepantangan orang. Setiap perkara yang dia buat, pasti menjentik amarah orang. Kutukan keras atau cacian sering sahaja dihamburkan kepadanya. Pendek kata, orang memang tidak senang langsung dengan kehadiran Bernstein.
Itulah natijahnya bila menjadi pencuri idea, mengaut keuntungan dengan cara menyalin sebulat-bulatnya karya pereka-pereka muda serta peniaga-peniaga kecilan untuk jenama sendiri. Tambahan lagi, menggunakan keistimewaan orang kulit putih untuk mendapatkan sesuatu. Lantaran tabiat buruk tersebut, sudahnya, dia dibenci.
Cancel culture, call out, white privilege, tone deaf. Apakala keempat-empat aspek ini ‘terkena’ pada seseorang sehingga namanya diheret dan menjadi perhatian sedunia, makanya selekas itu selamanya payah disukai oleh orang lain. Barangkali agak mustahil untuk membersihkan nama serta imejnya.
Jadi, bila Bernstein mencipta akaun TikTok baru-baru ini dan cuba untuk mendekatkan diri dengan TikTok, kehadirannya tidak diterima oleh komuniti TikTok. ‘Ohhh you came to the wrong app”, tulis salah seorang di ruang komen TikTok-nya. Video pertama yang Bernstein muat naik di TikTok – memaparkan pengenalan dirinya kepada TikTok, tentang pembabitannya dalam industri fesyen dan meletakkan headline ‘BERNSTEIN’S LINE MADE MACY’S MILLIONS A DAY’ – meraih lebih lima ribu komen (now deleted) dan semuanya berunsur negatif serta kata-kata nista.
Komen salah seorang yang mengutuk Bernstein, “After stealing from 362 small businesses and attending 17 parties during covid without a mask- I finally made it as a successful business owner!”
“Hey TikTok Fashion colonizer here”, tulis salah seorang di TikTok Bernstein.
Antara komen lain di TikTok Bernstein yang menarik perhatian, “Don’t worry guys she’s steal your idea then sue you for calling her out on it. Isn’t she the best!!!!” Kerana apa yang ditulis itu umpama menunjukkan realiti seseorang yang bergantung kepada white privilege.
Setakat ini, Bernstein memuat naik lima postings video di TikTok dan asalnya, sebelum ruang komen ditutup, semua postings tersebut meraih komen negatif. Tidak ada satu pun komen yang baik-baik! Namun, entah-entah Bernstein pun suka sebenarnya. Iyalah, bad publicity is still a publicity. Yang membuatkan nama serta jenamanya diketahui orang. Seperti yang Bernstein tayang menerusi posting video TikTok dia lip-sync lagu Cardi B, “berterima kasih” kepada haters (video tersebut sudah delete juga) kerana telah membuatkan engagement kandungan TikTok-nya naik. Maksudnya apa?
Apa pandangan anda?