Posted on January 22, 2026

Jika kamu pernah ke Bangkok, besar kemungkinan kamu pernah ternampak tote bag berlogo Gentlewoman — digayakan bersama T-shirt ringkas, blazer santai atau denim kegemaran. Kini, jenama fesyen dari Thailand ini melakar satu pencapaian baharu apabila secara rasmi membuka kedai pertamanya di Malaysia, bertempat di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, pada 24 Januari 2026. Pembukaan ini bukan sekadar perluasan pasaran, tetapi menandakan kedai pertama Gentlewoman di luar Thailand, sekali gus mengukuhkan langkah jenama ini ke peringkat antarabangsa.

Gentlewoman & Definisi Feminiti Moden
Ditubuhkan dengan visi untuk memperkasakan pelbagai bentuk feminiti, kecantikan dan keperibadian, Gentlewoman meraikan wanita yang yakin, berdikari dan memiliki identiti tersendiri. Fesyen dijadikan medium ekspresi diri — bukan untuk mengikut trend semata-mata, tetapi mencerminkan gaya hidup dan pandangan peribadi wanita moden. Pendekatan ini jelas diterjemahkan melalui rekaan Gentlewoman yang berani tetapi mudah digayakan, menampilkan siluet yang versatil, inklusif dan relevan untuk kehidupan seharian.

Kenapa Gentlewoman ‘Resonate’ Dengan Wanita Asia
Kekuatan Gentlewoman terletak pada keseimbangan antara fungsi, reka bentuk dan ekspresi. Setiap koleksi menggabungkan elemen moden dengan material berkualiti tinggi serta perincian yang teliti, menjadikan pakaian dan aksesori mereka sesuai untuk pelbagai situasi — dari kasual, aktif hinggalah ke keperluan harian. Ia bukan tentang ‘overdressing’, tetapi tentang keyakinan yang datang secara semula jadi.

Kenapa Kuala Lumpur, Kenapa Sunway Pyramid
Pemilihan Kuala Lumpur sebagai destinasi antarabangsa pertama Gentlewoman mencerminkan perkembangan pesat landskap fesyen tempatan. Sunway Pyramid pula menjadi lokasi strategik yang selari dengan DNA jenama — sebuah ruang gaya hidup yang dinamik, urban dan sentiasa relevan dengan generasi muda.
Terletak di Ground Floor, Sunway Pyramid, butik baharu ini memperkenalkan rangkaian pakaian siap pakai dan aksesori Gentlewoman, termasuk pakaian kasual, pakaian aktif serta keperluan harian wanita moden. Reka bentuk ruang butik pula mengekalkan identiti jenama yang ringkas namun ekspresif, mewujudkan suasana di mana fesyen bertemu keperibadian.

Eksklusif Malaysia: Edisi Terhad & Pengalaman Seni
Bagi meraikan debutnya di Malaysia, Gentlewoman turut memperkenalkan T-shirt dan beg tote edisi terhad eksklusif Malaysia, direka khas sempena pembukaan ini. Item edisi terhad ini akan ditawarkan dari 6 hingga 15 Februari 2026, secara eksklusif di Malaysia. Dalam tempoh yang sama, jenama ini juga akan menganjurkan Gentlewoman Art Gallery, sebuah pengalaman pop-up dan galeri seni selama 10 hari di Ground Floor, Water Feature, Sunway Pyramid. Direka sebagai pengalaman visual yang imersif, pop-up ini menggabungkan elemen fesyen dan seni, memberikan pengunjung gambaran lebih mendalam tentang dunia kreatif Gentlewoman serta perayaan terhadap feminiti, keperibadian dan ekspresi diri.

Lebih Dekat Dengan Gentlewoman
Selain butik fizikal, laman web rasmi Gentlewoman Malaysia turut dilancarkan, membolehkan pelanggan di seluruh negara membeli koleksi jenama ini secara dalam talian. Sempena hari pembukaan pada 24 Januari 2026, pelanggan yang berbelanja RM399 dan ke atas di kedai akan menerima Beg Tote Gentlewoman, terhad kepada 100 pelanggan terawal, sementara stok masih ada.

Satu Bab Baharu Untuk Fesyen Wanita di Malaysia
Kehadiran Gentlewoman di Malaysia mencerminkan perubahan dalam landskap fesyen — di mana jenama Asia kini berdiri setara dengan jenama antarabangsa lain. Lebih daripada sekadar logo atau trend, Gentlewoman mewakili gaya hidup wanita moden: yakin, praktikal dan bebas mengekspresikan diri.
Untuk membeli secara atas talian : my.gentlewomanonline.com




















.gif)

Apa pandangan anda?