SEARCH

Deepavali Valthukal! Tiba Masa Untuk Get Inspired Sepanjang Minggu Diwali Ini

Deepavali Valthukal! Tiba Masa Untuk Get Inspired Sepanjang Minggu Diwali Ini

Selamat Hari Deepavali! Temasya Deepavali hadir sekali lagi mewarnai bumi! Merayakan Pesta Cahaya, diiringi kegirangan dan keriuhan di kalangan keluarga, teman-teman malah masyarakat sarwajagat merai budaya Hindu hari ini. Apa kata kalau dari awal hingga akhir minggu Hari Deepvali ini, kita cedok mood tesebut, bersiap-siap dalam gaya Indian-inspired untuk memeriahkannya lagi?

ESTETIKA INDIA DIAGUNGKAN
Meluhurkan estetika India dalam fesyen sudah lama terlihat di persada antarabangsa. Karl Lagerfeld sewaktu Chanel musim pra-luruh 2012 pernah memuliakan India sebagai pojok ilham utama, walhal dia sendiri tak pernah menjejakan kaki ke negara tersebut masa itu. Dia membayangkan Bombay Collection itu dalam rupa yang sangat mewah dan indah, mempertembungkan mixed culture dengan Paris. Showspace dihiasi dining set yang panjang… and it remains unforgettable! Dan empat tahun sebelumnya, Alexander McQueen juga menyandiwarakan aspek yang sama. Ingat lagi pada musim luruh dingin 2008, Alexander MCQueen mengeluarkan rekaan kot ceremonial warna merah menyala dan biru, barang perhiasan kepala dengan bustier yang dikatakan terbit daripada akal fikiran Alexander semasa dia berkelana ke India dan berganduh dengan gaya era VIctoria.

Selebriti-selebriti antarabangsa pun turut ada menggayakan diri dalam busana atau gaya yang punya inspirasi pakaian tradisional India. Jennifer Lopez sewaktu anugerah Golden Globes 2007 hadir di atas karpet merah dalam dress hitam yang seakan-akan rupa sari – dengan rekaan toga dan drape labuh mencium lantai. Blake Lively pun sama ketika di Met Gala 2011, bersiap dalam dress Chanel siluet sari dengan perincian draped cowl pada sisi.

Usah cerita panjang lagi, now let’s get inspired. Kami mengembalikan momen-momen yang terdahulu – daripada pentas fesyen sehingga red carpet moments – yang mempunyai keindahan jurusan India dalam penggayaan untuk mengilhami kamu minggu ini!

ALEXANDER MCQUEEN MUSIM PRA LURUH 2012

Perhiasan kepala, barang kemas, warna merah menyala dengan teknik draping kain sari… Alexander McQueen mencantumkan gaya era Victoria dengan trip dia ke India untuk himpunan musim luruh dingin 2008 di Paris.

SELENA GOMEZ DI MTV MOVIE AWARDS

Selena Gomez membuat persembahan lagu ‘Come And Get It’ di MTV Movie Awards 2013 memakai bindi. Walaupun ketika itu dia… hmm, dicemuh kerana tidak menghormati pakaian tradisional tersebut.

MARCHESA MUSIM BUNGA 2013

Marchesa musim bunga 2013 membangkitkan DNA India – yang kelihatan sangat cantik, santun mewah dan lembut.

LADY GAGA

Ladu Gaga bergaya ala pengantin India ketika dia di New York tiga tahun lepas.

JLO DI GOLDEN GLOBES 2007

Jennifer Lopez atau JLo menggayakan dress Marchesa stail sari di Golden Globes 2007, dengan rekaan bareback.

ELIZABETH HURLEY DI LOVE BALL LONDON

Elizabeth Hurley antara yang selalu menggayakan sari! Sari dalam palet gradient dan see-through ini dipakai olehnya di Love Ball di London.

CHANEL MUSIM PRA LURUH 2012

Antara pertunjukan Chanel yang sukar untuk dilupakan. Chanel msuim pra luruh 2012 mempersembahkan Bombay Collection meets Paris.

BLAKE LIVELY DI MET GALA 2011

Blake Lively mendandani diri dalam dress Chanel di Met Gala 2011.

KATE MIDDLETON SEWAKTU TOUR KE INDIA

Kate Middleton ketika tour ke India memakai altered dress yang direka oleh pereka asal India, Anita Dongre. Selepas dia memakai dress ini, ia melonjakkan nama Anita Dongre sehingga media sosial dan laman web pereka ini crash!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE