Posted on February 3, 2021
Denise Mercedes dan Hodan Yousuf antara pesohor media sosial yang sesuai dengan keadaan sezaman. Kedua-dua mereka menggelorakan arah aliran atau fesyen masa kini – yang melambangkan keyakinan diri, berani dan lincah dalam memanifestasikan keunikan gaya masing-masing. Mereka memudarkan prasangka dan menormalkan standard fesyen wanita yang tidak lagi bersifat ‘arketaip’.
Pernyataan stail atau fesyen mereka yang memiliki kualiti distingtif, jelas mahu memupuk perubahan rentak. Mereka umpama membina citra wanita yang baharu. ‘Merawat’ cerapan orang, terutamanya wanita atau perempuan yang kelihatan seperti mereka, untuk tidak berasa terbatas dalam berfesyen. Jadi diri sendiri dan tidak gentar bereksperimen dengan fesyen.
Sudah tentu. It’s 2021!
https://www.tiktok.com/@hdnsnotarnd/video/6905499231763565830?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Berbicara tentang Yousuf, orangnya jujur dalam hal berfesyen. Yousuf tidak berselindung dengan pengikut-pengikutnya dan berkongsi cara mengolah penggayaan yang menggabungkan helaian-helaian terpakai dengan helaian-helaian bukan terpakai. Seperkara lagi, Yousuf juga bijak nian dan kreatif dalam menyelaraskan gaya-gayanya. Contohnya, dia pandai dalam bab layerings dan tahu cara menggabungkan helaian-helaian yang bersifat kontras. Malah cara dia menggayakan tudung atau hijabnya pun unik. Tidak kelihatan biasa dan tidak peduli gaya-gaya tudung atau hijab tipikal. Yousuf ada caranya yang tersendiri. Apakah “inventif” perkataan yang sesuai untuk mencerminkan kebolehan Yousuf mengolah fesyen untuk wanita berhijab? Ya.
@denisemmercedes Get ready with me ?
Model plus-size Mercedes pula adalah simbol keyakinan. Pernyataan gayanya mencerminkan makna “representation matters”. Mercedes mengatasi segala kemungkinan dan kemustahilan tentang wanita atau perempuan sepertinya untuk berfesyen. Dia kenal benar tubuhnya dan tidak mengehadkan diri dalam hal bergaya. Apa yang cantik atau elok pada orang lain juga cantik atau elok pada dirinya. Jika orang lain bangga tampil seksi dan menayangkan tubuh, begitu juga dengan Mercedes. Dia menonjolkan ketelusan serta keselesaan dengan diri sendiri dan bagi kami, kedua-dua faktor itu amat penting untuk keadaan semasa.
Jika mengikut akaun media sosial Yousuf dan Mercedes, – terutama sekali TikTok – kamu akan melihat perkongsian posts, video atau pengisian kandungan mereka tentang panduan, how-to serta tips untuk berfesyen. Bukan sahaja berguna, malah kandungan mereka juga menarik.
#TIPSTAIL RUJUK GAYA 4 PESOHOR TIKTOK INI!
Kami memilih gaya terbaik (dan yang mudah untuk diikuti) daripada empat bintang fesyen TikTok ini! Bukan hanya Denise Mercedes dan Yousuf sahaja, kami juga menampilkan gaya terbaik daripada @evelilythrifts dan @the.navarose. Untuk #TipStail kali ini, kami mencadangkan inspirasi gaya – yang dicedok daripada empat TikTokers ini – dengan menggabungkan aspek high and low. Selamat mencuba!
DENISE MERCEDES
Serba hitam dan atletik. Bermula daripada blazer sehinggalah ke seluar. Kami memilih padanan gaya serba hitam daripada Denise Mercedes ini sebagai inspirasi dan mengubahnya mengikut cita rasa sendiri. Contohnya blazer tetap sama – dari segi siluet atau bentuknya – namun gaya seluar yang diubah. Seluar material PVC atau kulit yang ada sedikit flare di hujung kakinya. Untuk percubaan gaya tersebut, kami memilih blazer hitam Zara ini dengan seluar daripada Topshop.
Topi bucket dikekalkan. Cuma mungkin untuk sedikit kelainan, pakai topi yang kontras warnanya. Seperti topi bucket Burberry ini. gaya kasut atau sniker sukan Mercedes pun kami tukar dengan sniker bertumit kitten daripada Miu Miu. Saja, untuk menampakkan kelainan.
Dari atas : seluar Topshop, blazer Zara, beg Longchamp, kasut Miu Miu & topi Burberry
HODAN YOUSUF
Gaya tomboi untuk perempuan berhijab. Kami amat suka gaya Hodan Yousuf memakai blazer senteng (yang kami rasa blazer D.I.Y dan Yousuf potong sendiri) dipadankan bersama tali leher besar, seluar potongan slim dengan kasut but. Penampilan Yousuf ini membuahkan inspirasi untuk mencuba gaya yang bersifat maskulin! Bagi menampakkan persamaan, sudah tentulah blazer saiz besar atau blazer lelaki daripada H&M ini adalah pilihan yang tepat. Dipakai lagi dengan seluar senteng bercorak petak daripada UNIQLO – sengaja dipadankan dengan seluar bercorak geomteri, untuk menyuntik ‘tenaga’ baharu – yang seakan-akan memimik siluet gaya Yousuf.
Kami tukar tali leher Yousuf dengan skinny scarf Burberry yang bercorak flora dan tipografi besar nama ‘BURBERRY’. Why not? Aspek kasut dan beg sahaja hampir sama. Yakni kasutnya masih lagi berupa kasut but, manakala bentuk beg pun hampir sama. Oleh itu, kasut but ala but hujan daripada Zara serta beg Prada ini melengkapkan penampilan.
Dari atas : blazer H&M, seluar UNIQLO, skaf leher Burberry, beg tangan Prada & kasut Zara
EVE LILY
Eve Lily adalah seorang “Brit playing dress up in Spain”. Sama seperti Yousuf, Lily juga suka menggabungkan gayanya dengan helaian-helaian terpakai. Salah satu gaya Lily yang menjadi kegemaran peribadi kami adalah look jaket panjang yang bermotifkan kulit eksotik. Untuk inspirasi gaya Lily ini, kami ubah sedikit dari aspek motifnya. Shift the attention of the exotic motifs onto the footwear instead! Motif eksotik itu tetap menjadi tema utama, cuma elemen motif tersebut kami tukar ke bahagian kasut – seperti kasut Monki ini. Penampilan jaket pula ditukar ke corak geomteri mikro, untuk menampakkan clashing prints. Lantaran itu, jaket panjang UNIQLO Ines de La Fressange ini menjadi pilihan.
Manakala rantai dempak Bottega Veneta dan topi beret Dior berfungsi sebagai aksesori yang menyempurnakan lagi imej ala Lily.
Dari atas : rantai Bottega Veneta, topi Dior, jaket UNIQLO, seluar Levi’s & kasut but Monki
NAVA ROSE
Kami baru sahaja menampilkan kumpulan M-Pop, Dolla sebagai #STAILMYTheNextBigThing dan mengolah gaya mereka seakan-akan queen bee di high school. Apabila melihat Nava Rose memuat naik kandungan TikTok-nya yang juga mengolah tema gaya sama seperti tema penggambaran Dolla kami, kandungan tersebut terus menjadi pilihan. Dalam banyak-banyak gaya Rose, kami tertuju kepada gaya ‘The Class President’!
Agakan kami tentang gaya ‘The Class President’ Rose ini barangkali inspirasi gaya Cher dalam Clueless. Blazer bercorak plaids, dengan cekak rambut dan vest, sememangnya mencerminkan tipikal gaya seorang queen bee. Untuk itu, kami cuba mengikut aturan gaya yang ditampilkan oleh Rose – blazer bercorak plaids Monki dipadankan dengan korset vest H&M Studio dan skirt mini Zara serta cekak rambut Prada yang berfungsi sebagai aksesori utama.
Dari atas : korset H&M, blazer Monki, cekak rambut Prada, rantai Miu Miu & skirt mini Zara
Apa pandangan anda?