SEARCH

Gah & Berkuasa, BTS X Dior Men Untuk Konsert Jelajah!

Gah & Berkuasa, BTS X Dior Men Untuk Konsert Jelajah!

Hebatnya K-Pop sehingga menakluki hampir sekalian alam! Sampaikan jenama fesyen yang usianya sudah melewati tujuh dekad pun ‘tunduk’ kepada permintaan aliran muzik K-Pop. Dior – yeap, Dior – khususnya Dior Men, pun sudah menyertai ‘sampan tunda’ K-Pop dan buat julung kalinya mereka pakaian lelaki untuk konsert jelajah kumpulan muzik pop.

BTS X dior men

Dior Men dan kumpulan sensasi global BTS… integrasi di luar jangkaan. Awal bulan Mei lalu, Kim Jones melepaskan imej lakaran rekaannya untuk tujuh pemuda BTS. Rekaan-rekaan bersifat utilitarian, persis seragam sojar dan siap dengan aksesori beg Saddle menjadi inspirasi utama Kim buat konsert jelajah ‘Love Yourself : Speak Yourself’ BTS – yang bermula di Los Angeles, ke Sao Paolo, menarung awan ke London dan juga di sekitar Jepun.

Idea Kim mendapat pengiktirafan daripada kumpulan ini. BTS menyukai interpretasi Kim dalam menyatukan sekali estetika dan identiti mereka. Aspek kemudaan, utra-moden, nada gaya bertenaga dan rekaan yang bisa meligatkan jasmani mereka menjadi perhitungan Kim. Pada masa sama, Kim tidak mengusir terus aspek atau elemen yang signifikan buat Dior Men – misalnya kanvas Dior Oblique, beg Saddle dan helaian-helaian kapsul kolaborasi dengan Hajime Sorayama. Butiran-butiran seperti gancu dengan initial ‘CD’ (seperti yang terlihat pada beg Saddle lelaki) antara yang menjadi perincian utama rekaan Kim.

BTS X dior men

Menurut BTS, kolaborasi bersama Dior Men ini adalah sesuatu yang sangat bererti, apatah lagi mereka adalah artis lelaki pertama yang memasang badan dengan pakaian-pakaian untuk pentas konsert yang direka oleh Dior. “Dior berjaya menghasilkan rekaan-rekaan yang berinspirasikan seni muzik dan stage presence kami,” jelas BTS.

BTS X dior men

Untuk tinjauan kembali pengalaman Dior Men X BTS, kami kongsikan bersama kamu imej-imej di sebalik tabir pembikinan pakaian-pakaian konsert jelajah mereka!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE