SEARCH

Dior X Rimowa : The Bag That Everyone’s Talking About

Dior X Rimowa : The Bag That Everyone’s Talking About

Sebaik Kim Jones mengeluarkan beg Dior Saddle untuk lelaki, yang terbentang pada mulanya dalam otak benak kami, adalah antara jaya atau hampa. Namun, berputar fikiran kami setelah melihat beg Saddle untuk lelaki ini beroleh sambutan hangat. Membuktikan tiada apa yang mustahil bagi Kim. Andai kata dia mahu melepaskan beg Lady Dior untuk lelaki, entah-entah ia merangkul kemenangan. Kali ini, untuk musim bunga panas 2020, Kim dan Dior X RIMOWA, memperkenalkan himpunan beg kapsul! Kami jamin, segala kemahuan akan ditaburkan ke atas beg-beg ini dan menjadi that bag that everyone’s talking about.

dior x rimowa

Ia memanjangkan leher, membulatkan mata jernih kita dan mengatupkan bibir, tanda suka teramat dengan keterujaan yang sederam menderau setelah menyaksikan beg Dior X RIMOWA melewati pentas lelakinya baru-baru ini. Bagi Kim, masa hadapan 2020 menyandiwarakan lelaki-lelaki yang tidak ada istilah takut terhadap nada lembut. Di Givenchy dan Louis Vuitton pun sama – dan mengadun ia dengan keberanian pada perubahan tailoring.

Kim mengembalikan teknik serta siluet musim luruh dingin terdahulu. Teknik draping pada badan jaket asimetri masih menjadi ‘bahasa’ utama di musim bunga panas 2020 dan citra asimetri tersebut tidak terencat di situ sahaja. Dia memikirkan setiap butiran sekali. Misalnya kolar pada jaket sut dubel bras. Dah alang-alang asimetri, Kim mengahwinkan kolar notch dengan kolar shawl juga badan baju sebelah yang normal dari aspek polanya bercantum dengan badan sebelah jaket yang terlihat dilengkapi panel dalam seperti lining dalam rona kontra.

Bersifat kesenibinaan bukan sahaja ‘arketaip’ yang mendasari Dior, malah Kim pun. Kim bijak bermain dengan penyatuan fluidity dan sculptural, terus merevolusikan gaya-gaya lelaki.

dior x rimowa

Pabila Kim membawa keluar beg-beg Dior, kolaborasi bersama RIMOWA, menguatkan lagi keseluruhan himpunan musim bunga panas 2020 kali ini! Mengenali Kim, yang semedang mengukir bayangan wisatawan (kerana dia membesar di Afrika) acapkali memunculkan idea-idea rekaannya – ketika di Louis Vuitton – masakan dia katakan ‘tidak’ pada RIMOWA. I mean, RIMOWA, jenama beg kembara yang pastinya sangat dekat dengan hati Kim.

Beg sandang, beg champagne case, beg kecil berselempang pada bahu, clutch serta beg kabin… Dior X RIMOWA menampilkan satu koleksi yang tersangat unik. Kesemuanya, sepeti biasa, dalam rekaan aluminium yang signifikan buat RIMOWA dan ada juga yang tersemat sekali motif ikonik Dior Oblique oleh Marc Bohan.

dior x rimowa

Antara yang menjadi tumpuan utama adalah inspirasi beg vintaj case RIMOWA 90an yang dihidupkan kembali di mana Dior bersama-sama RIMOWA memperkenalkan semula beg bagasi kecil ini. Ia membaharui rupanya, kepada rekaan cross-body yang dilengkapi tali yang tertulis signature Dior. Sudah tentu, edisi istimewa beg kabin Dior X RIMOWA yang pastinya menjadi kegilaan. Beg klasik kabin yang ditambah motif Dior Oblique…sempurna!

dior x rimowa

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE