SEARCH

Donatella Versace & Model-Model Lip Sync Lagu Versace On The Floor Untuk Melafazkan “Terima Kasih Bruno Mars!”

Donatella Versace & Model-Model Lip Sync Lagu Versace On The Floor Untuk Melafazkan “Terima Kasih Bruno Mars!”

Kamu tahu bagaimana Donatella Versace melafazkan terima kasih kepada Bruno Mars? In Donatella’s case, dia merakam video lip sync bersama model-model, melagukan hit Bruno yakni Versace On The Floor – duh! – dengan niat, “To my special friend @brunomars.” dan… video itu sudah mencecah lebih 160,000 views. ‘Terima Kasih’ lazimnya bunga bibir orang, sering diucapkan atau paling tak pun, mungkin dengan sekadar ‘thank you email’. 

Dan kalau dulu-dulu, hantar kad bertulis pun sudah memadai. Tetapi cara orang masakini (cara Donatella, to be exact), mendokumentasikan ‘Terima Kasih’ dalam rupa video, diedit sempurna, dengan treatment cantik dan paling penting, subjek utama video tersebut yang menyebabkan ia berhasil. Lebih menarik lagi, pabila ia tular. Apa-apa pun, good job, Donatella!

What a fun experience! #VersaceOnTheFloor

A post shared by Donatella Versace (@donatella_versace) on

Video yang hanya sempat terlihat di laman Instagram Donatella sendiri – @donatella_versace – yang berdurasi selama lebih kurang seminit, terus dimulai dengan lip sync bait-bait lirik bahagian bridge ‘It’s warming up, can you feel it…’. Terpampang wajah dua model ternama, Natasha Poly dan Candice Swanpoel sebagai pembuka post tersebut, masing-masing didandani dalam Atelier Versace musim bunga 2017 sambil menyanyikan bahagian bridge itu.

Kemudiannya syot bahagian korus, di mana ia menampilkan beberapa lagi ragam lasykar model lain termasuklah model-model lelaki yang kesemuanya memakai pajama Versace. Antaranya pajama bercorak optik hitam putih yang pernah diperjuangkan oleh JW Anderson untuk Versus Versace tahun 2013 dan yang motif klasik Yunani Versace. Model-model wanita yang lain pula rata-ratanya turut merias diri dalam himpunan Atelier Versace.

Sudah tentu, Donatella juga menjelmakan diri detik menghampiri penghujung video dan dia menyanyikan bahagian rangkap judul lagu itu sendiri, yakni ‘Versace on the floor…’, berdiri gah terlingkung dalam kelompok model. Video itu disudahi dengan outro dan akhir sekali kredit, ‘To my friend, Bruno. Have fun’.

Belum pasti jika ada atau tidak video penuh mahupun bakal dilepaskan. Barangkali ini teaser? Who knows. Entah apa sebenarnya penghargaan Donatella ini untuk Bruno, namun mereka berdua sememangnya teman rapat. Mungkin untuk memuliakan persahabatan mereka ataupun meraikan sokongan tak putus-putus Bruno pada Versace?

Singing #VersaceOnTheFloor with my #VersaceSquad

A post shared by Donatella Versace (@donatella_versace) on

Kami berharap satu hari nanti dapat menyaksikan video penuh ini, berpeluang melihat ragam #VersaceSquad yang asyik dalam asmara lagu Versace On The Floor dendangan Bruno Mars. Tahniah buat Donatella, kerana sangat-sangat berani dan tidak langsung celih. Donatella is such a sport. Ingat lagi video dia melakukan Ice Bucket Challenge? Tak lupa juga kehadiran dia berperanan sebagai muse untuk kempen Givenchy musim luruh dingin 2015. Benarlah, dia seorang yang sangat sporting. Terfikir juga, siapa pereka lokal kita yang ada semangat seakan-akan Donatella ini? Hmm. Lihat post video selama satu minit #VersaceSquad lip sync itu di bawah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE