SEARCH

Dress Kahwin Hailey Bieber, Lihatlah Hasil Kerja Virgil Abloh!

Dress Kahwin Hailey Bieber, Lihatlah Hasil Kerja Virgil Abloh!

Setelah bertapuk, dipayungi oleh penyekat ruang bak dinding putih sepanjang berjalan ke acara resepsi, dress kahwin Hailey Bieber ‘terbongkar’ jua. Suasana yang sepertikan mengasingkan diri – bukan apa, mereka mahu berselindung daripada paparazzi – menjentik perasaan ingin tahu bagaimana rupanya dan siapa pereka dress tersebut.

Jawapannya, ia adalah dress kahwin Off White yang direka oleh Virgil Abloh! Menerusi akaun Instagram milik Hailey, Virgil serta Off White sendiri, mereka melepaskan gambar-gambar dress kahwin itu dalam visual imej hitam putih yang ditangkap oleh fotografer Corey Tenold.

dress kahwin hailey bieber virgil abloh off white

Dress Hailey berupa klasik. Putih warnanya umpama putih bunga srigading, yang sarat dibaluti renda pada seluruh badan baju. Dengan potongan off-shoulder dan bahagian badan belakang yang terbuka luas mencadangkan yang Virgil dipengaruhi oleh aspek klasik. Skirt pula labuh, siap dengan ‘ekor’ yang labuh melarat bergeser pada tanah. Sememangnya dress ini mendukung idea-idea klasik serta pola tradisional sepasang baju kahwin yang lazim kita lihat.

Ringkas siluetnya, malah ringkas rekaannya juga. Virgil hanya ‘berlebih-lebih’ pada kelubung dress kahwin tersebut. Veil atau kelubung belakang yang bersangkut pada kepala Hailey juga berkonsepkan ‘bergeser pada tanah’, dihasilkan dalam rekaan yang ekstra besar – memang trend veil sekarang, yang kebanyakannya labuh menyapu lantai. Makcik-makcik selalunya bising kerana kerana risau ia akan dipijak, lol! – dan disempurnakan oleh kemasan border lace.

Faktor yang menjadikan dress kahwin Hailey ini unik adalah keberanian Virgil menambah motif tipografi font Helvetica – yang sudah sinonim dan siginifikan buat jenama Off White – “TILL DEATH DO US PART” pada hujung kaki kelubung besar yang direkanya. Ya, bagi kami, ia adalah garapan berani daripada Virgil. Kerana walaupun elemen tipografi tersebut dikira subtle dan mencetus elemen kejutan pada dress, ia menjadikan keseluruhan idea dress kahwin ini tidak nampak terlalu biasa. Sekurang-kurangnya ada cerminan moden atau kelainan.

Malah itulah peranan font Helvetica pun kerana menurut pemahaman Virgil, font Helvetica seolah-olah “ada di mana-mana sahaja, sehinggakan ia hampir menjadi halimunan”. The fact Virgil meletakkan motif tipografi sebegitu pada rekaan baju kahwin, seperti yang kami nyatakan di atas tadi, ia menghidupkan aspek yang subtle done right.

Kami suka idea tersebut. Kamu pula bagaimana, suka dress kahwin sebegini rupa?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE