Posted on January 14, 2020
Boleh kita ambil masa seketika dan bercakap fasal dress Tom Ford untuk Zendaya di anugerah Critic’s Choice kelmarin? Bagi kami, dress fuchsia dengan badan baju berupa pelindung dada yang menudungi bahagian torso Zendaya dipadankan pula dengan skirt labuh itu adalah look ‘pemenang’!
Hanya ada lima lukisan figura telanjang termahal di dunia – Study Of Nude, In A Black Armchair dan Benefits Supervisor Sleeping antaranya – namun dress ‘telanjang’ yang Zendaya pakai di Critic’s Choice Awards kelmarin adalah look ‘termahal’ malam itu. Tercalon untuk kategori Best Actress In A Drama Series, bertanding dengan nama-nama seperti Regina King, Nicole Kidman dan Olivia Coleman, Zendaya bersiap dalam rekaan Tom Ford musim bunga panas 2020.
Dress berupa plat dada keras yang polanya asimetri, cukup sekadar menutup elok bahagian dada – memakainya serasa bertelanjang, seperti tidak ada apa-apa di atas tubuh. Dress dalam potongan badan baju setengah (di bahagian depan sahaja). Ada sedikit cerminan futuristik namun dalam interpretasi elegan. Tambahan pula, Zendaya dipakaikan lagi skirt labuh yang sungguhpun lembut dari segi teksturnya namun kelihatan berat saat ia menyenggol lantai dan secara keseluruhannya, ia berjaya membuatkan penampilan Zendaya tidak ‘ditelan’ karpet merah. Ia menonjolkan Zendaya.
Menyusup semangat kuasawan pada Zendaya, itulah tujuan Law Roach selaku penata gayanya. Jelas Law tentang pemilihan dress Tom Ford untuk Zendaya ini dalam Instagram-nya, “Warrior Woman…” membangkitkan ‘reformis’ feminis dalam fesyen. Apatah lagi dalam era yang meniupkan semangat mengazamkan kesaksamaan dan tidak ada lagi pandangan sinis yang merendahkan wanita, dress Tom Ford ini paling sempurna menggambarkannya.
Zendaya nailed it! I’d say, style’s best outing thus far this year. Dia berjaya menyemarakkan pembukaan tahun 2020 dengan sesuatu yang di luar jangkaan. Wow! Musim anugerah bulan ini dan bulan mendatang nanti benar-benar mengujakan kami. Tak sabar pula nak melihat what’s in store apakala Oscars menjelma bulan Februari kelak.
Belakang pentas Tom Ford musim bunga panas 2020
Apa pandangan anda?