SEARCH

Instagram Duo @chowmiah_ ‘To Follow’ Bulan Ini!

Instagram Duo @chowmiah_ ‘To Follow’ Bulan Ini!

Akaun Instagram yang dicipta atas persetujuan dan kesepakatan kedua-dua belah pihak. Kedua-duanya mencintai fesyen, suka bergaya dan begitu asyik dengan #OOTD. Jadi alang-alang, mereka memunculkan satu akaun Instagram kongsi yang dipenuhi gambar secara berpasangan – mempersembahkan segala #OOTD dan penggayaan masing-masing.

Instagram Duo @chowmiah_
Saima Chowdhury

 

Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Ia umpama rujukan atau look book pun ada juga. So guys, this is your ‘Instagram to follow’ this month… yakni Instagram @chowmiah_!

Menggelarkan diri mereka sebagai ‘fashion duo’ (duh!), @chowmiah_ adalah akaun milik Saima Chowdhury – pemilik akaun Instagram peribadi @saimasmileslike – dan Tahell Miah – pemilik akaun Instagram peribadi @tahellmiah. Saima yang menyinggahi hidup Tahell sehingga bergelar suami isteri pada usia muda, mencipta akaun Instagram kongsi ini. @chowmiah_ bukan sahaja seperti ‘album’ gambar pasangan suami isteri biasa, tetapi ia lebih daripada itu.

Instagram Duo @chowmiah_
Tahell Miah

 

Sudah nama pun jodoh, untung sekali kerana Saima dan Tahell menyemai minat atau cinta yang sama. Kedua-duanya suka berfesyen, jadi @chowmiah_ adalah akaun yang membubuh gambar-gambar fesyen atau gaya mereka secara berpasangan.

Sweet and cool at the same time. Gambar-gambar mereka pun tidak ditampilkan dalam rupa ‘gambar-gambar tipikal pasangan suami isteri yang cringeworthy atau menimbulkan rasa serba salah setiap kali mata kita yang melihat’. No, not at all. Cara Saima dan Tahell mengolah gambar-gambar mereka pun nampak uber cool, minima, straightforward dan tidak dibuat-buat. Komposisi ringkas sampai begitu jelas kelihatan aturan gaya mereka. Tambahan lagi, mood Instagram @chowmiah_ ini mencerminkan citra kemudaan juga milenial dan mengingatkan kita pada aspek terbitan editorial masa kini. Buat pasangan moden, @chowmiah_ adalah antara contoh terbaik untuk dijadikan rujukan. Mereka adalah the new power couple!

Mungkin juga kerana fikiran muda Saima, seorang vlogger dan Tahell yang memiliki karier sebagai fotografer juga pereka grafik, mencetus kedinamikan sehinggakan gabungan ini beroleh kejayaan dari segi daya kreatif. Sungguhpun ringkas, tetapi diterima akal.  Tidak hairanlah mengapa kami di STAIL.MY pun tertarik dengan Instagram @chowmiah_ ini! Walau apapun, sekali lagi, @chowmiah_ adalah Instagram yang harus kamu ‘follow’ bulan April ini.

antara gambar-gambar stailish instagram @chowmiah_ pilihan kami!

View this post on Instagram

🖤 📷 @fbali #chowmiah

A post shared by Saima + Tahell (@chowmiah_) on

View this post on Instagram

casual saturday fit 🌚 📷 @fbali #chowmiah

A post shared by Saima + Tahell (@chowmiah_) on

View this post on Instagram

off duty. 📷 @fbali #chowmiah

A post shared by Saima + Tahell (@chowmiah_) on

View this post on Instagram

25 but we feel 85 😂 📷 @fbali #chowmiah

A post shared by Saima + Tahell (@chowmiah_) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE