SEARCH

DVF Masih Memelihara Kewanitaan & Feminisme Di #NYFW

DVF Masih Memelihara Kewanitaan & Feminisme Di #NYFW

dvf diane von furstenberg spring summer 2019

Sebelum #NYFW, kabut mendinginkan DVF atau Diane Von Furstenberg. Ketidakhadiran Nathan Jenden meniti di bibir orang dan membuatkan mereka tertanya-tanya. Kenapa Nathan – pengarah kreatif DVF juga merangkul protégé Diane – tidak kelihatan? Ke mana Nathan pergi? Terutama sekali sepanjang proses menghasilkan himpunan musim bunga panas 2019 ini.

Jelas Diane, Nathan cuti sakit langsung tidak dapat membabitkan diri sewaktu proses rekaan dan pementasan himpunan terbaru DVF semalam. Tidak ada penjelasan lanjut mengenai keadaan Nathan, cuma just like the old saying… the show must go on.

Tanggungjawab diserahkan kepada Diane. Namun, Nathan sempat melahirkan satu idea untuk Diane huraikan secara terperinci tentang himpunan DVF musim bunga panas 2019. Kata Nathan kepada Diane, “You’re a pioneer,” yang memerihalkan Diane adalah seorang trailblazer dalam aspek-aspek tertentu. Berkaitan dengan apa yang dibuat sekarang adalah sesuatu yang sudah lama Diane buat dahulu.

Dress wrap yang generasi baru pakai sekarang untuk #OOTD di media sosial? Sorry kids, Diane did it first! Full-blown floral prints? Ya, Diane adalah antara perintis yang mengetengahkan elemen tersebut! Rekaan-rekaan yang menjunjung semangat kewanitaan atau hal-hal yang dirangkaikan dengan feminsme? Diane adalah orang pertama yang memegahkan semua itu. Dia adalah feminis sejati!

Terus apa yang dicadangkan oleh Nathan itu meregut jantung dan menembusi jiwa Diane. Tanpa melengahkan diri, Diane menamakan himpunan terbaru ini, ‘Pioneer’, yang merai kebaharuan diiringi oleh semangat pioneer dalam setiap wanita. Diane membayangkan sosok perempuan yang kuat dan pandai berdikari.

Trend dress prairie moden menjadi kunci gaya dan termasuk juga (memang tidak akan diketepikan) dress-dress wrap. Blaus-blaus lembut, kot trench yang padat grafik bersama satu rekaan sut tailored yang masih ada kelembutan dalam siluet, melengkapkan lagi tema ‘Pioneer’ DVF. Gaun, dress sheath dan skirt penuh untuk gaya siang ke malam yang sememangnya berteraskan keaslian penampilan seorang wanita. That’s as womanly as it gets. Apatah lagi butiran-butiran seperti: ropol-ropol, smock, motif-motif botani, potongan bias dan rona-rona lembut menyempurnakan konsep kewanitaan yang didambakan oleh Diane.

Mengekalkan jati diri atau kod rumah fesyen DVF. Seperti yang Diane tegaskan, dia adalah seorang feminis, lantas himpunan DVF musim bunga panas 2019 memang tidak akan lari daripada keperkasaan wanita. Ia mengiaskan, “she is a woman in charge, designing her life as she goes.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE