Posted on July 7, 2020
Kamu tahu apa trend musim bunga panas 2020 sekarang? Easy dress. Gaya dress yang serba ringkas, yang tak mengusutkan fikiran kepala dan yang penting, membuatkan diri rasa lapang bila memakainya. Dress bentuk A-line, empire waist, ala tunik, dengan ‘menculik’ siluet dress prairie atau siluet longgar, hemline yang dikatakan “just nice” dan tidak ada butiran meraban seperti fastening yang merumitkan. Itulah easy dress.
Sarung, zip-kan atau cangkuk-kan… and off you go!
Rekaan dress Cecilie Bahnsen
Oleh kerana sekarang sudah masuk musim panas, beberapa pereka atau jenama fesyen mengambil langkah untuk mengubah dan memberikan nafas baharu pada stail easy dress. Menyuntik pembaharuan, tetapi masih tidak lari daripada konsep rekaan easy dress. Kali ini, jenama-jenama fesyen berani dalam tidak menentukan had dari aspek rekaan. Misalnya, rekaan lengan menjadi lengan gelembung, menambah perincian gathers atau smoking untuk mencantikkan dress, menggunakan material yang tak konvensional, meminjam siluet kemeja T mahupun ada juga yang menyimbah rona terang seperti rona neon.
Ingat lagi bagaimana kami pernah berborak bersama dengan kamu tentang inside clothes? Baju-baju yang dipakai di dalam rumah sepanjang tempoh #SelfIsolation baru-baru ini, yang mengutamakan keselesaan? Berpandukan trend inside clothes serta keselesaan, yada yada yada, kami jangka gaya memakai easy dress – easy dress adalah terma yang diwujudkan oleh kami sendiri, untuk menggambarkan gaya dress yang terlau senang untuk dipakai – adalah pengaruh atau kesan daripada keselesaan yang tercetus menerusi inside clothes. Tak mustahil.
Mary-Kate Olsen yang selalu menggayakan gaya dress ringkas
Sungguhpun easy dress sebenarnya sudah direka atau dimunculkan oleh pereka-pereka atau jenama-jenama fesyen sebelum-sebelum ini, namun kami rasa ia patut dikategorikan dalam satu pengkelasan sendiri. Kerana dress sebegini pasarannya lebih luas dan sememangnya akan dipakai oleh sesiapa pun serta ia tidak terbatas untuk sesetengah jenis orang sahaja – not just for able-bodied, tambahan pula gayanya versatile. Sementelahan untuk negara seperti Malaysia yang selazimnya bercuaca panas berpijar-pijar, easy dress adalah ‘mesti ada’ dalam gerobok.
Daripada Zara ke COS, kami senaraikan tujuh easy dress daripada jenama-jenama fesyen mampu milik!
Dari kiri : COS, Dorothy Perkins, M & S, Miss Selfridge, H&M, Topshop & Zara
Apa pandangan anda?