SEARCH

STAIL.MY Eksklusif : Bual Bicara Bersama VS Angels, Romee Strijd

STAIL.MY Eksklusif : Bual Bicara Bersama VS Angels, Romee Strijd

Enam tahun sudah si kesuma Romee Strijd aktif bergiat dalam lapangan fesyen dan dunia peragawati. Romee membuat kemunculan pertama ketika berjalan untuk Christopher Kane – pada 2012 – dan semenjak itu, dia tidak putus-putus beraksi di atas pentas jenama-jenama lain, termasuklah Burberry, Prada, Jil Sander, Bottega Veneta dan Balmain.

Apatah lagi untuk editorial… usah cakaplah. Pengalaman Romee bertambah dasyat, kerana dia berpeluang bekerja dengan fotografer-fotografer terkemuka seperti Patrick Demarchelier, Mert & Marcus dan ramai lagi. Masuk 2014, terbetik satu lagi sejarah buat Romee. Pabila dia disunting sebagai bidadari Victoria’s Secret dan berjalan di Victoria’s Secret Fashion Show!

stail.my eksklusif interview romee strijd

Secara rasminya, Romee dianugerahkan ‘sayap’ Angels pada 2015 dan sekali lagi dia disimbah tuah. Romee menghiasi kempen-kempen besar Victoria’s Secret seperti Body By Victoria juga Victoria’s Secret Sport. “Menjadi ahli keluarga Victoria’s Secret adalah sesuatu yang amat bermakna buat diri saya. Bayangkan detik awal saya bersama Victoria’s Secret, terutama sekali apabila terpilih sebagai Angel. It was an emotional journey,” jelas Romee.

Bersempena pembukaan butik pakaian dalam Victoria’s Secret yang pertama di Malaysia, STAIL.MY juga dilimpah tuah kerana diberi kesempatan untuk menemu ramah serta mendekati Romee! Menyingkap karier Romee sepanjang bergelar model, pengalamannya dan yang penting sekali, rencana perjalanannya bersama Victoria’s Secret. Nah, ikuti temu bual ringkas dan mesra kami bersama Romee Strijd di bawah!

EKSKLUSIF BERSAMA… ROMEE STRIJD!

Usai sahaja minggu fesyen bulan September yang lepas, apa pula projek terbaru kamu selepas ini?

Seperti biasa, sibuk dengan penggambaran dan bersiap sedia untuk Victoria’s Secret Fashion Show. Sepanjang minggu fesyen New York yang lepas pun, saya berada di Eropah dan China untuk beberapa modelling gig.

Apakah titik tolak perubahan kehidupan kamu semenjak bergelar model?

Sudah tentulah, kontrak saya bersama Victoria’s Secret yang telah mengubah kehidupan serta perjalanan karier saya. Memang ketara perubahannya!

Jadi, apakah perasaan juga bagaimanakan pengalaman setelah bekerja bersama Victoria’s Secret?

Ia umpama satu mimpi menjadi kenyataan, sampai ke sudah saya sukar mempercayainya! Terpilih untuk menjadi wajah serta figura kepada jenama yang memperkasakan kekuasaan wanita seperti Victoria’s Secret adalah sesuatu yang menakjubkan. Kami di Victoria’s Secret – daripada pengasas, organisasi jenama sehinggalah model-model lain – sudah akrab bak satu keluarga besar. Setiap kali kami kembali bertemu untuk projek terbaru Victoria’s Secret dan bekerja dengan orang-orang yang sama, yang sudah dianggap seperti keluarga, mengukir satu pengalaman manis.

Perasaan sebaik sahaja kamu terpilih untuk menjadi bidadari Victoria’s Secret pada \ 2015? Seperti yang kamu ceritakan, ia agak emotional.

Sedari berusia 13 tahun lagi saya sudah memasang angan-angan untuk menjadi bidadari Victoria’s Secret. Haha! Pada masa itu, saya akan berjalan catwalk di bilik tidur seorang diri, konon-kononnya di atas pentas Victoria’s Secret. Saya bisa bercakap mengenai pertunjukan-pertunjukan fesyen Victoria’s Secret, sehingga ibu saya berkata bahawa satu hari ia akan jadi nyata. Bayangkan apabila saya mendapat panggilan untuk pergi menghadirkan diri ke casting Victoria’s Secret. Saya sudah bersiap dari segi mental dan fizikal, membuktikan kemampuan diri. Dan ya, ia agak emotional. Semetelahan teman lelaki saya juga ada di sisi menemani saya… saya menangis keriangan apabila dipilih untuk menjadi bidadari Victoria’s Secret.

Kami di Malaysia tidak pernah merasai pengalaman sebenar pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. Adakah suasananya sentiasa meriah dan gempak seperti mana yang selalu terlihat di kaca televisyen atau menerusi Youtube?

It’s always like that! It was crazy, fun, everyone is cheering for each other… kami melalukan sehabis baik untuk mempersembahkan pertunjukan yang luar biasa.

Dalam banyak-banyak pembabitan kamu dalam pertunjukan fesyen Victoria’s Secret, musim yang mana satukah yang menggamit memori?

Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Paris. Kerana secara keseluruhan, pertunjukan tersebut bagaikan satu magis. Saya masih ingat sampai sekarang.

What are you looking forward to this year’s Victoria’s Secret fashion show?

Saya tidak sabar merai keseronokan di belakang pentas dan sudah tentu, berjalan di atas pentas di kota New York.

Lima tips atau nasihat untuk menjadi seorang bidadari Victoria’s Secret :

  • Jadi diri sendiri, kerana mereka mahu melihat personaliti sebenar kamu.
  • Sentiasa jaga kesihatan dan tunjukkan kekuatan kamu sebagai seorang wanita.
  • Jangan lupa latih catwalk.
  • Berlatih berjalan di atas kasut tumit tinggi.
  • Jaga kesihatan rambut dan kulit kamu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE