SEARCH

Tebal & Puas… 6 Jaket Musim Luruh Dingin 2019 Yang Wajar Dimiliki!

Tebal & Puas… 6 Jaket Musim Luruh Dingin 2019 Yang Wajar Dimiliki!

Ketepikan faktor ketebalan dan fungsinya untuk memanaskan tubuh. Menjadikan jaket tebal – secara spesifik, jaket musim luruh dingin – sebagai item kunci dalam penggayaan atau penampilan itu sampai akal jugalah. Musim ini, jaket musim luruh dingin bersifat disruptive, renewed dan unrestrained. Bersedia untuk kebaharuan?

Daripada jaket puffer yang menghubungkan kepala kita dengan ingatan pada jaket Drake dalam muzik video ‘Hotline Bling’ tetapi sarat motif, ke jaket penuh bulu yang menggambarkan ‘younger and rich girl’, sehigggalah ke jaket yang polanya hanya Demna Gvasalia sahaja mengerti. Semuanya hadir dalam identiti tersendiri dan jika terancang sempurna pemakaiannya, ia akan menguasai penampilan. Menerbitkan impresif! Apa yang pasti, jaket-jaket musim luruh dingin kali ini lebih berani, menjanjikan kelainan dan tidak terlalu terikat dengan stail-stail terdahulu. Jaket-jaket sebegini bisa dijadikan sebagai ‘statement’ utama dalam aturan gaya tertentu.

Bercakap fasal poin fokal, seperkara tentang jaket musim luruh dingin yang tebal, besar dan ada antaranya dengan rekaan agak kompleks, adalah sifatnya yang bisa ‘berdikari’. Maksud kami, ia tidak sentiasa terlalu bergantung kepada ceraian-ceraian lain sebagai dukungan atau koordinasi. Cukup sekadar jaket dengan seluar jean – just like how Balenciaga did it. Atau susunan gaya yang tidak memerlukan lebih tiga warna, kerana impak jaketnya sahaja sudah cukup kuat. Seakan-akan mengepung pemerhati untuk terus melihat ke satu ‘penjuru’ dan ‘penjuru’ itu adalah jaket tebal besar sejuk yang kamu pakai.

Oleh itu, kami jumpa enam jaket musim luruh dingin (yang kami rasa) seandainya dimiliki… terasa bagai lengkap gerobok kamu!
PRADA

Jaket nilon tebal yang bisa dipakai untuk gaya kerja atau penampilan feminin. Who would have thought, kan?
VERSACE

Jaket bulu-bulu bercorak harimau bintang yang diserasikan dengan material kulit (kolar dan lining). Mencerminkan imej gaya kota!

 

BURBERRY

jaket musim luruh dingin 2019

Bukan jaket pad puffer biasa. Kali ini permukaan pad-nya disempurnakan oleh corak atau motif monogram Burberry yang direka oleh Peter Saville. Kami membayangkan jaket ini dipakai bersama skirt midi yang ringkas siluetnya dengan kasut chunky.

 

BALENCIAGA

Inilah yang dimaksudkan oleh kami (di atas). Rekaan jaket yang kompleks, seandainya dipakai dengan seluar jean sahaja, sebagai contoh, pun sudah memadai. Dan kami suka idea Demna Gvasalia mengubah pola jaket tebal – menambah lengan kembang pada bahu.

 

COACH

Bahagian pola atas adalah permukaan corak-corak flora yang dihasilkan oleh Kaffe Fassett yang kelihatan seperti patchwork, bahagian pola bawahnya adalah material bulu-bulu yang sarat logo Coach. Kami suka kontradiksi itu!

 

DVF

 

Barangkali buat yang ‘mahu-menggayakan-jaket-tebal-bulu-bulu-tapi-mahu-nampak-subtle.’ Ya, jaket bulu-bulu bercorak jaluran DVF ini adalah pilihan sempurna.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE