SEARCH

Euphoria : Seni Reka Kostum Ilham Gen-Z & Makna Baju Finale Jules

Euphoria : Seni Reka Kostum Ilham Gen-Z & Makna Baju Finale Jules

Pada hari Isnin yang lepas, siri HBO Euphoria musim pertama menemui penghujungnya. Episod terakhirnya – seperti biasa, mencorakkan jalan cerita bersandarkan pemerian oleh Rue sebagai si pengisah utama – yang membaluti akal kita dengan kekusutan dan membuatkan rasa hati semak-semak dengan keterikatan plot yang tergantung.

Kamu sudah tonton episod finale Euphoria? Apa jadi dengan Rue? Adakah sepanjang musim pertama ini, watak Rue sudah mati? Kerana babak dia berjalan lemah longlai sambil menyanyi lagu Labrinth sehingga kejur tersembam jatuh ke tanah seperti menyungguh ia. Tidak ada lagi #Rules (Rue dan Jules) dan Jules meninggalkan Rue? Nate menyembunyikan orientasi seksualnya yang sebenar dan dia sexually attracted dengan Jules? Apakah pita rakaman yang disaksikan oleh Maddy? Dan apa jadi dengan Fez? Namun, apa yang pasti, Kat dengan Ethan meluahkan rasa cinta sesama sendiri dan akhirnya mereka bersama.

Semenjak dari awal episod lagi, Euphoria mendapat pujian daripada pengkritik kerana penceritaannya yang telus dalam memotret kehidupan remaja Gen-Z Amerika. Drama seks, dadah, media sosial… semuanya termuat dalam Euphoria. Pujian bukan sahaja harus diberikan kepada gabungan tenaga pencipta siri ini, Sam Levinson, malah untuk penata gayanya, Heidi Bivens. Atas sebab inovasi Heidi menghidupkan penggayaan watak-watak remaja dalam siri ini yang relatable dengan remaja di alam sebenar.

Menurut Heidi, dia mahu menerbitkan ekspresi tersendiri menerusi gaya setiap seorang watak dalam Euphoria yang mampu menginspirasikan sekali remaja lain untuk tidak gentar pada rupa, gaya serta perawakan diri. Heidi tidak sembarangan dalam mengolah gaya watak-watak tersebut, di mana dia meneliti dan ‘menyelidiki’ cara remaja masa kini berpakaian. Dia sanggup pergi ke sekolah sebenar atau tempat-tempat lepak di lokasi tertentu di Amerika – di Los Angeles – dan melayari Instagram, semata-mata mahu melihat budaya berpakaian di kalangan golongan Gen-Z.

Rue (Zendaya) dalam top daripada jenama atas talian, Aries

Dalam salah satu temu bual (dalam complex.com), Heidi menyatakan bahawa dia diberi kepercayaan sepenuhnya daripada pihak produksi, terutama sekali Sam.  Kata Heidi, “I remember wanting to steer clear of anything that felt like what I call, ‘ABC Family teen’,” dan dia tidak mahu terlalu ‘selamat’ dari aspek pemilihan wardrobe untuk Euphoria. Pengaruh gaya seperti streetwear, festival fashion, inspirasi 90’s-Queen-Bee dan Anime mendasari stail karakter-karakter utama dalam Euphoria. Heidi malah memikirkan backstory tentang gaya watak Rue lakonan Zendaya, lebih-lebih lagi episod yang memperlihatkan Rue memakai kemeja T ikat celup daripada Gosha Rubchinskiy. Jelas Heidi kepada Complex, “Dia (Rue) mungkin menemukan kemeja T Gosha itu di mana-mana kedai pakaian terpakai atau terjumpa dalam kereta kawannya dan ambil terus kemeja T tersebut.”

Jules (Hunter Schafer) menyarung dress Opening Ceremony dalam babak parti

Seperti watak Jules (lakonan Hunter Schafer), Heidi mengikut brief daripada Sam – gaya-gaya Jules dipengaruhi oleh Anime. Ingat lagi dalam episod pertama Euphoria, Fezco (lakonan Angus Cloud) menjelaskan kepada Rue tentang siapa Jules dan cara berpakaian Jules seperti gadis Sailormoon. Watak Jules sering berskirt pendek dan set pakaiannya lebih kepada permainan warna yang keanak-anakan. Contohnya top yang membalikkan sinar daripada Eckhaus Latta, kasut but holografi Sies Marjan dan dress mini Opening Ceremony berona ungu (yang dipakai oleh Jules dalam episod pertama), mencerminkan kegilaan Jules dalam berfesyen. Berbeza pula dengan watak Maddy (lakonan Alexa Demie), Heidi memunculkan idea ‘90an, Chanel-inspired dan karakter perempuan yang suka take charge’ untuknya. Tidak hairanlah ada episod di mana Maddy mengenakan matching set jaket dengan skirt – mengingatkan kita pada watak Alicia Silverstone dalam filem ‘Clueless’ – yang menggambarkan pengaruh gaya watak perempuan popular dalam cereka-cereka 90an. Jelas Heidi, Maddy adalah watak yang sukakan perhatian, maka sebab itulah ada ketikanya, dia akan berpakaian seksi dan menyarung jaket bulu ke sekolah.

euphoria costume design heidi bivens

Watak-watak yang sukakan perhatian. Kat (kiri, lakonan Barbie Ferrera) dalam penggayaan provokatif, manakala Maddy (kanan, lakonan Alexa Demie) lebih menjurus kepada ‘traditional-Queen-Bee’

Heidi turut mengacuh sekali jenama-jenama up-an-coming, jenama generasi baharu atau Instagram brands dalam mengatur gaya watak-watak Euphoria dan tidak hanya tertumpu pada jenama-jenama mahal sahaja. Katanya, dia akan mencari jenama-jenama baharu ini menerusi Instagram dan kadang-kadang menerima DM daripada barisan pelakon Euphoria yang akan menghantar akaun Instagram jenama-jenama baharu kepadanya. Heidi yang tidak keberatan menerokai jenama-jenama baharu (menerusi Instagram) – daripada jenama asal Korea Selatan sehinggalah ke benua Eropah – memberitahu Fashionista, “Ia (Euphoria) adalah platform untuk mengetengahkan pereka-pereka muda ini.” Salah satu contoh adalah top yang dipakai oleh Rue adalah daripada jenama Aries, yakni jenama atas talian yang kini mula mendapat perhatian. “Saya meraih pengalaman positif dengan menggunakan media sosial dan Instagram dalam mencari-cari jenama-jenama baharu ini, yang juga elemen utama dalam siri Euphoria. Selain itu, dengan menggunakan media sosial, saya berpeluang menjadi sebahagian daripada budaya remaja sekarang,” jelas Heidi.

look finale euphoria & makna di sebalik baju jules

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE