SEARCH

Ezra Miller Sebagai Ikon Stail Gender Bender / Queer Oriented, #STAILAVVV!

Ezra Miller Sebagai Ikon Stail Gender Bender / Queer Oriented, #STAILAVVV!

Harry Styles dan Asap Rocky (antaranya), telah menetapkan standard baharu. Mereka menyanggah ‘taboo’ dan kenormalan, berani candang menggemilangkan diri dalam gaya-gaya yang unik, tersendiri atau luar biasa. Now, make way for Ezra Miller! Dia menyusuli jejak yang sama, menyertai bandwagon selebriti-selebriti lelaki yang tidak kenal erti gentar dalam bergaya ekstra.

Barangkali mahu kelainan, sementelahan keperibadian itu sudah mengalir dalam diri. Melihat ada beberapa selebriti lelaki masa kini mengaburi garis lintang, tidak ada rasa gentar mendandani diri dalam penggayaan flamboyan, bersemarak warna, sedikit feminin, tak konformis dan sudah tentu… ekstra. Menjadi showstopper di karpet merah atau ketika menghadiri acara tertentu tidak berpihak pada selebriti-selebriti perempuan sahaja!

Tersentak hati setelah melihat Asap Rocky menggayakan Gucci, siap dengan skaf yang menudungi kepala di LACMA Art + Film Gala baru-baru ini. Impak serta reaksi yang sama diraih apabila Ezra Miller hadir dalam rekaan koleksi Genius daripada Moncler dan Pierpaolo Piccioli – helaian kuilt penuh, dengan tudung kepala dan skirt labuh – di tayangan perdana Fantastic Beasts : The Crime Of The Grindelwald. Tambahan pula dia merias bibir dalam warna pekat gelap, syabas buatnya kerana bersungguh-sungguh dalam membuat kemunculan.

ezra miller style icon moncler

Ezra dalam Moncler x Pierpaolo Piccioli, koleksi ‘Genius’

Sementara lelaki lain dalam keasyikan gaya-gaya memakai sut formal, bertali leher dan sepatu kilat, Ezra menyongsong arus. Katanya kepada British Vogue, “That beautiful garment I always thought of as ‘The Pawn’”. Helaian yang terlalu luar biasa, masakan ia tidak menaruh perhatian segenap dunia dan media.

Kemudian sekali lagi, penampilan Ezra membekas. Di tayangan Perdana Fantastic Beasts : The Crime Of The Grindelwald di United Kingdom, Ezra memakai Givenchy – serba putih bersama ceraian jaket bulu-bulu, seraya mempersiapkan diri dengan gaya rambut kasar tercacak-cacak – yang menjadi bunga bibir orang. The best part is, rekaan Givenchy tersebut adalah daripada himpunan haute couture perempuan. And, he slayed.

ezra miller givenchy haute couture

Ezra dalam Givenchy Haute Couture

Jadi, adakah Ezra Miller adalah ikon stail kami? Sudah tentulah!

Ezra dalam rekaan Prada

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE