SEARCH

Face To Grace : Biacarawara Fesyen Yang Tak Boleh Dilepaskan?

Face To Grace : Biacarawara Fesyen Yang Tak Boleh Dilepaskan?

face to grace

Kita bukan bercakap fasal American Horror Story musim kelapan mahupun Chilling Adventures Of Sabrina, kan? Wait? A new must-watch show? A talk show? Face To Grace yang menampilkan Grace Coddington sebagai teraju utama? Ya, bersedialah kamu untuk satu lagi rancangan bicarawara terbaru yang bakal jadi kegemaran kamu!

Paradigma Grace Coddington sudah bertukar, daripada seorang ketua pengarang fesyen, kini dia sudah bergelar hos rancangan. Kidding. Grace masih lagi dan tidak melepaskan karier sebagai ketua pengarang fesyen. Cuma sekarang, Grace mencabar dirinya untuk mencuba sesuatu yang baru – beraksi di hadapan kamera dan bertindak sebagai pengacara untuk rancangan terbitan M2M (Made To Measure) yakni ‘Face To Grace’.

Benarlah kata orang, ada nyawa, adalah rezeki. Risiko yang diambil oleh Grace untuk berhenti daripada Vogue U.S tidak terduga boleh mendatangkan hasil di luar jangkaan.

Jika orangnya sudah mengendong pengalaman hampir 30 tahun di Vogue U.S, tiada apa yang bisa dipersoalkan. Apatah lagi mempunyai rancangan sendiri yang pasti meraih minat pencinta-pencinta fesyen segenap dunia. Memetik kata Grace menerusi artikel Refinery29, “I’m not running away from Vogue, because it has opened so many doors.”  Daripada kolaborasi bersama Louis Vuitton kepada mencorakkan lembaran fesyen British Vogue juga Dazed dan kini dia mengembangkan lagi bakatnya untuk mengacara bicarawara. Melimpah-limpah rezekinya.

Face To Grace menyingkap sesi bicarawara Grace bersama orang kuat lapangan fesyen, selebriti-selebriti serta personaliti-personaliti terkemuka. Penggambaran yang dilakukan di Mr. Chow – salah satu lokasi terhangat di Midtown, New York – bertemakan santai juga kesahajaan yang menyuasanai sepanjang rancangan. Sengaja memilih restoran sebagai latar utama kerana bagi Grace, atmosfera tersebut menghidupkan kemesraan dan keselesaan bersama individu yang ditemu bual.

Khabar mengenai rancangan terbaru yang dikendalikan oleh Grace ini mula diuar-uarkan pada bulan Mei yang lalu dan episod pertama mula bisa ditonton pada bulan September lepas (minggu lepas). Siapa tetamu pertama Face To Grace? Ansel Elgort!

face to grace

Gambar daripada M2M (Made To Measure)

Antara nama-nama lain yang turut diundang untuk berborak bersama Grace dalam bicarawara enam episod ini termasuklah Sofia Coppola, Nicholas Ghesquiere dan besar kemungkinan Anna Wintour! Malah respons Grace kepada Refinery29 tentang menemu bual Anna juga kedengaran agak kelakar. Seperti memerli pun ada. Katanya,

“The only thing is she wouldn’t take her dark glasses off. It’s hard to interview someone with dark glasses on, because you can’t see someone’s reactions. I guess I’m used to her with dark glasses, but still, if you want to dig deeper, if you feel the reaction. But she was pretty good. She said yes, right away. And that was a surprise.”

 Saksikan trailer Face To Grace di bawah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE