SEARCH

Halloween Kali Ini Inspirasi 7 Fashion Moments 2019

Halloween Kali Ini Inspirasi 7 Fashion Moments 2019

Bulan yang kononnya digeruni orang datang bertamu. It’s the month of Halloween, guys! Bulan untuk bersiap menyalin gaya orang lain, memimik karakter rencam dan bertemasya untuk trick or treat. Kali ini nak jadi apa sempena Halloween? Cadangan kami : rujuk fashion moments 2019! Apa yang kami maksudkan dengan fashion moments? Here’s the thing…

Melihat detik-detik fesyen yang tercipta sepanjang tahun 2019 (setakat ini), adalah idea kami untuk gaya kostum Halloween kamu kali ini. Idea ini mudah sekali, tidak merumitkan, malah ia menjadikan Halloween kamu lebih stailish – tidak semestinya hendak nampak seperti hantu, raksasa atau tak sudah-sudah memakai kostum aneh sahaja, kan. Seperkara tentang inspirasi fashion moments 2019 ini adalah ia berkonsepkan ‘If you know, you know’, buat pencinta-pencinta fesyen terutamanya, kerana mereka akan tahu serta-merta sebaik sahaja melihat kamu mengolah gaya bersandarkan detik fesyen tersebut.

Ia tidak memakan masa yang lama seperti melekat tisu basah pada muka dan menjadikan ia tekstur kedutan seakan-akan wajah yang hancur rosak atau beria-ia melukis menconteng wajah untuk kelihatan seperti karakter hantu. Tidak, tidak. Semuanya tentang menjadi kreatif, bermain dengan mengolah pakaian-pakaian bagi menjadikannya ‘sama’ dengan inspirasi fashion moments 2019. Spot on, barangkali senang untuk dicam atau mudah dikenali.

Bersedia? Ini dia tujuh fashion moments sebagai inspirasi gaya Halloween kamu tahun ini!

1. LEON DAME DI MARGIELA

 Aksi Leon Dame di pentas Maison Margiela baru-baru ini pun sudah kelihatan menakutkan seperti zombie. Ah, tiru sahaja gayanya! Apa yang kamu perlukan adalah, topi ala topi pengakap, kain untuk diikat pada bahu dan blazer hitam oversized dengan but hitam tinggi. Oh, jangan lupa, memimik ekspresi wajah juga cara jalannya.

halloween fashion moments 2019

2. JARED LETO DI MET GALA 2019

 Come on, membawa replika kepala sendiri pun sudah cukup menerbitkan rasa gentar. Maka, gaya Jared leti di Met Gala ini adalah contoh sempurna untuk Halloween. Pakai sahaja jaket merah labuh yang mencecah lantai, pakai rambut palsu panjang (jika tidak berambut panjang) dan ‘kepit’ kepala patung pakaian – yang diletakkan sekali rambut palsu panjang.

3. KIM KARDASHIAN MEMAKAI MUGLER VINTAJ

 Jika kamu kreatif, ambil sahaja kain hitam, potong atau kerat ia – buat lubang-lubang – mengikut pola badan baju dress Mugler vintaj Kim Kardashian ini, yang mencetus kontroversi tahun ini. Voila!

4. MENDIANG KARL LAGERFELD

 Seandainya menggayakan look ikonik mendiang Karl Lagerfeld, pasti mudah dicam. Rambut putih, jaket sut hitam bersama kemeja putih, tali leher serta sarung tangan kulit. Dan tak lupa, kaca mata hitam sebagai pelengkap gaya. Untuk memberi penghormatan buat mendiang Karl yang telah pergi tahun ini.

5. BILLY PORTER DI OSCARS

 Gaya Billy Porter di Oscars tahun ini antara yang menjadi sebutan orang. Dia kelihatan puas sekali di atas karpet merah dan detik tersebut adalah rujukan terbaik buat mereka yang mahu menjadikan acara Oscars sebagai kostum Halloween. Pakai saja jaket tuksedo hitam – yang lengkap dengan kemeja putih dan dasi – bersama skirt kembang labuh. Atau pakai gaun kembang hitam.

6. KAIA GERBER JADI CINDY CRAWFORD

 Kaia Gerber sewaktu menyambut hari jadinya yang ke-18 tahun ini mengembalikan imej ibunya sendiri. Dia datang menggayakan dress Versace yang pernah dipakai oleh Cindy Crawford, siap dengan gaya rambut kembang lebat. Uncanny! Gaya ini barangkali membabitkan effort yang lebih sedikit. Namun jika menjadi, kamu bukan sahaja menjadi Kaia malah juga menjadi Cindy!

7. EUPHORIA GIRLS INSPIRED

 Satu lagi idea adalah dengan merujuk gaya-gaya watak perempuan dalam Euphoria! Dari segi solekan dan gaya masing-masing yang menjadi signifikan drama siri tersebut. Watak Rue, Jules juga Maddy adalah watak yang senang untuk ditiru.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE