SEARCH

FashionValet Dengan Sandiwara #IPunNak, #HePunNak

FashionValet Dengan Sandiwara #IPunNak, #HePunNak

Memperkenalkan #IPunNak – kempen FashionValet dalam ‘mempersilakan’ lelaki untuk sama-sama merasai pengalaman beli belah atas talian. Ini adalah inisiatif FashionValet untuk mengisarkan pandangan, memfokus kepada jenama-jenama menswear seperti Pestle & Mortar, Robotto, Cape Cod, Ice Watch, Jovian Men dan banyak lagi.

Fashionvalet #ipunnak

Si perempuan mendapat kejutan, menerima sejambak bunga atau coklat yang dihantar ke ambang pintu membuatkan hatinya girang bukan kepalang. Atau si bini diberi pujian dalam gambar terbaru di Instagram. Kemudian, si laki menemani si bini pergi membeli-belah tetapi menjadi ‘tukang bawa beg’… semua itu “He pun nak!” Ladies, pay attention. Your men want it too! Lelaki pun mahu menerima kejutan, mahu dipuji dan ada ketikanya, mereka juga mahu keluar membeli-belah tanpa perlu jadi ‘tukang bawa beg’.  

FashionValet memahami kehendak tersebut, membidik pasarannya kali ini kepada lelaki pula. FashionValet menyemarakkan kesamarataan, mewujudkan kempen ‘I Pun Nak’ atau ‘#IPunNak’ untuk membongkar dan menyelami hati budi si lelaki. Pendek kata, untuk si perempuan sedar tentang kemahuan atau keinginan si lelaki, memberi peluang kepada lelaki untuk merasai nikmat dihargai dan mendapat perhatian. Bear in mind, menurut Business Insider, 40 peratus lelaki lebih suka membeli barang di atas talian. Jadi, ladies, rembat peluang ini!

Fashionvalet #ipunnak

Menariknya, dalam kempen #IPunNak oleh FashionValet ini, ia menyandiwarakan senario ala support group. Di mana gerombolan lelaki berkumpul, konon-kononnya menyatakan hasrat, berkongsi cita-cita luah perasaan dan rasa tidak puas hati yang penuh kelucuan atau bersifat komedi. Wajah-wajah yang terpilih membuat kemunculan dalam kempen ini termasuklah Fadzarudin Anuar sendiri, pelakon Hairul Azreen, suami kepada Faafirds yakni Afif Chad juga suami Shalma Aina yakni Wan Imar.   

Fashionvalet #ipunnak

Sepanjang berlangsungnya kempen #IPunNak yang bermula minggu lepas sehingga pertengahan Mac kelak, sesiapa yang membeli di atas talian pada masa itu akan menerima kotak #IPunNak edisi terhad – pembelian itu akan dipek dalam kotak tersebut, sebagai salah satu collector’s item buat pencinta-pencinta FashionValet.

Antara jenama-jenama fesyen dalam FashionValet khusus untuk lelaki adalah Pestle & Mortar, Robotto, FattahaminXFar8, Ice Watch, East India Company dan Jovian Men. Malah, FashionValet tidak ketinggalan membariskan sekali pakej juga tawaran daripada jenama-jenama bukan pakaian atau fesyen. Food and beverages seperti The Big Group dan La Juiceria menawarkan baucar hadiah dan sinema Tanjong Golden Village pula mempersembahkan kad hadiah INDULGE. Pusat gimnasium dan obstacle course turut tersedia seperti Firestation, Fuel Athletic juga Skytrex dengan pakej istimewa, manakala Ritz Carlton menawarkan staycation untuk dua orang.

 

Kotak #IPUNNAK istimewa, untuk setiap pembelian sepanjang berlangsungnya kempen ini sehingga 16 Mac 2018

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE