SEARCH

Tema Feminisme Kuat Dilaungkan di Pentas SS17

Tema Feminisme Kuat Dilaungkan di Pentas SS17
feminisme2_stailmy
Stella McCartney dengan mesej “Thanks Girls” nya.

Tentunya lewat beberapa tahun kebelakangan ini tema feminisme memang semakin banyak diperjuangkan. Bukan sahaja daripada organisasi-organisasi besar bahkan oleh beberapa selebriti yang terang-terangan memberi pandangan terhadap isu ini. Begitu juga semakin banyak penyanyi wanita antarabangsa yang suka mengangkat tema ini dalam lirik-lirik lagu mereka. Beyonce dan Lady Gaga antaranya.

Tema feminisme ini juga nampaknya sudah menular ke arena fesyen dunia apabila beberapa pereka di Paris memilih meletakkan mesej-mesej berbaur feminisme dan memperkasakan diri ke dalam koleksi masing-masing melalui cetakan pada kemeja T dan top yang dipersembahkan. Di pentas Dior, Maria Grazia Chiuri memilih menggunakan slogan “We Should All Be Feminists” pada kemeja T yang dipadankan dengan skirt tutu kembangnya. Stella Mccartney mencetak mesej “Thanks Girls” seperti sesuai ditujukan kepada BFF wanita kamu. Haider Ackermann pula menggunakan slogan “Be Your Own Hero” seperti memadukan semangat feminisme dan memperkasakan diri di dalamnya.

Tentunya bagi saya pentas pertunjukan fesyen hari ini adalah platform terbaik mengangkat apa jua bentuk mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat dunia apalagi memikirkan ia ditonton jutaan penonton seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, ia juga bisa disampaikan dalam cara berseni dan sekreatif yang mungkin – lebih berkesan dan membekas dalam ingatan bukan sahaja pencinta fesyen bahkan masyarakat dunia secara keseluruhannya.

feminisme3_stailmy
Haider Ackermann menggunakan slogan “Be Your Own Hero”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE