SEARCH

Fendi Mengiaskan Kisah 4 Sekawan, Untuk Siri Ketiga #BaguetteFriendsForever

Fendi Mengiaskan Kisah 4 Sekawan, Untuk Siri Ketiga #BaguetteFriendsForever

Tiga cereka pendek terhasil, menyimpul jalan cerita persahabatan utuh. Berlatarkan tiga kota besar, merai beg tangan Baguette daripada Fendi. Untuk episod ketiga cereka pendek #BaguetteFriendsForever, kisah kumpulan kawan yang mengitari kota New York pula menjadi temanya!

Sembang bersama teman, berenak-enak dengan rakan karib dan bercengkerama di tengah-tengah metropolitan. Dan menurut dunia Fendi, ia disempurnakan dengan beg Baguette sebagai pelengkap gaya.

Fendi menggarapkan semua ini dalam bentuk cereka, #BaguetteFriendsForever yang merencanakan tiga episod utama – bertumpu pada kisah kumpulan kawan dan menjejaki mereka dalam melangsungkan rutin harian masing-masing. Namun ‘watak’ protagonis dalam ketiga-tiga episod cereka pendek ini adalah beg tangan Baguette yang digabung padan bersama beg-beg daripada himpunan Fendi musim bunga panas 2019.

fendi #baguettefriendsforever baguette

Dalam episod pertama #BaguetteFriendsForever, berjudul “The Baguette Is Back”, menampilkan kota Shanghai yang bertenaga sebagai latar belakangnya. Pelakon Tan Zhuo dan Qiao Xin, bersama barisan influencers yakni Yu Wei juga Yoyo diolah bak empat sekawan, bersiar-siar membeli-belah di butik Fendi di IAPM Mall dan terlihat sedang bersedia untuk keluar berseronok di malam hari.

“The Missing Baguette” menjadi tajuk untuk episod kedua. Menyandiwarakan kisah DJ Taiwan, Dizzy Dizzo, IT-girl asal Singapura, Yoyo Cao dan DJ Korea Peggy Gould bersama-sama membantu teman mereka, model asal Jepun, Hikari Mori mencari beg Baguette-nya yang hilang.

Dalam episod ketiga #BaguetteFriendsForever, “The One And Only Baguette”, ia merempuh langit dan ke kota New York pula. Suasana yang pesat dan penuh bercahaya menjadi latar belakang cerita. Ia memusatkan perhatian pada empat sekawan – barisan influencer, Caro Daur dan Natasha Lau, bersama model-model Ebonee Davis serta Melissa Martinez. “The One And Only Baguette” memerihalkan kisah Caro yang melihat beg Baguette vintaj berwarna ungu sarat dengan jemeki di butik Fendi dan tidak bisa melepaskan angan-angannya daripada memiliki ia. Tanpa membuang masa Caro bersama-sama Natasha, Ebonee dan Melissa pergi ke butik yang sama untuk mendapatkan beg tersebut, namun ia sudah terjual.

Lalu, jalan ceritanya beranjak ke babak empat sekawan itu ternampak seorang wanita keluar daripada butik Fendi bersama beg Baguette yang Caro dambakan dan mereka mengejar wanita tersebut. Sebaik sahaja menyapa wanita itu, mereka sedar bahawa dia adalah pelakon ikonik Sarah Jessica Parker! Sarah melafazkan, “This is not a bag, it’s a Baguette!”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE