SEARCH

Fendi Peekaboo Mempersembahkan Animasi ‘A Day With Peekaboo’, Diilustrasikan Oleh Cinzia Zenocchini

Fendi Peekaboo Mempersembahkan Animasi ‘A Day With Peekaboo’, Diilustrasikan Oleh Cinzia Zenocchini

Fendi Peekaboo Cinzia Zenocchini

Koleksi kaca mata Fendi Peekaboo diinspirasikan daripada beg ikonik FENDI, mempamerkan butir-butir yang ada pada beg Peekaboo – terutama sekali feature gancu beg – diolah menjadi engsel juga perincian seni hias pada bahagian temple.

Bercanda dengan kecitraan classy beg Peekaboo, koleksi Peekaboo Eyewear memfesyenkan sifat elegan struktur jasmani Roman Maison daripada bentuk subtle ke bentuk segi empat klasik ke bentuk mata kucing sehinggalah yang berbentuk rama-rama. Bingkai diperbuat daripada asetat menggabungkan inovasi dan kreativiti pada rekaan, menampilkan rupa geometri dan bersegi-segi. Manakala pelet warna yang digunakan melambangkan femininity dan godaan perempuan, dihangatkan lagi dengan rona panas seperti burgundy, perang, hijau dan hitam.

Fendi Peekaboo Cinzia Zenocchini
Antara babak dalam ‘A Day With peekaboo’. ilustrasi oleh Cinzia Zenocchini

 

Fendi merai koleksi kaca mata ini, memfantasikan ia dalam cereka animasi ilustrasi berjudul ‘A Day With Peekaboo’! ‘A Day With Peekaboo’ memerihalkan riwayat fasal kaca mata Peekaboo dengan olesan lumuran warna-warna cat air yang sengaja kelihatan lembut untuk menggambarkan suasana seakan-akan menerawang khayal. Bermula dengan aksi lakaran animasi kaca mata Peekaboo yang secara ironi, dikeluarkan daripada beg Peekaboo. Hadir dalam bermacam-macam warna, disarungkan dan digayakan oleh ilustrasi figura perempuan-perempuan moden menikmati harinya.

Fendi Peekaboo Cinzia Zenocchini
Suasana santai di taman, bertemankan beg juga kaca mata Peekaboo. Salah satu babak dalam cereka ‘A Day With Peekaboo’.

 

Suasana bercengkerama, terus ke aksi bersarapan pagi ke bersiar-siar mengitari taman dan berakhir di acara koktel malam, ia memperlihatkan rekaan-rekaan kaca mata Peekaboo yang teresap ciri-ciri elegan dan kewanitaan. Apa yang cuba dicapai oleh Fendi adalah untuk menceritakan alam kehidupan wanita masa kini yang tidak takut dengan penggayaan tertentu, tidak kira waktu dan apa situasinya.

Fendi Peekaboo Cinzia Zenocchini
Ilustrasi pada cereka ini menggambarkan sosok-sosok wanita moden, daripada kasual ke semi formal

 

ANTARA KACA MATA FENDI PEEKABOO YANG ADA

Video penuh (di bawah) yang menceritakan dengan lebih terperinci fasal ‘A Day With Peekaboo’.

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG ARTIS FENDI ‘A DAY WITH PEEKABOO’, CINZIA ZENOCCHINI

Hasilan animasi ‘A Day With Peekaboo’ ini direalisasikan oleh artis pegilustrasi dari Itali yakni Cinzia Zenocchini. Cinzia adalah seorang artis, pereka grafik juga ‘penglipur lara’ dalam rupa visual yang berpangkalan di Milan. Dia pernah memegang jawatan sebagai pereka grafik di Landor Milano, tempat di mana dia mula kenal dan berjinak dengan dunia ilustrasi. Lantaran itu, Cinzia terus berkembang, menyumbang daya kreatif dia untuk klien yang berbeza-beza.    

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE