SEARCH

Fendi X Jackson Wang Adalah ‘Drop’ Kolaborasi Baharu Yang Kita Mahu

Fendi X Jackson Wang Adalah ‘Drop’ Kolaborasi Baharu Yang Kita Mahu

Detik di mana Jackson Wang membawa kita ke alam membeli-belah sut trek sempurna di Barney’s, sambil dia menggayakan FENDI dalam salah satu video Vogue yang dilepaskan awal tahun ini membayangkan tanda-tanda satu kolaborasi besar akan – malah sudah – terjadi. Fendi X Jackson Wang? Was that actually a hint that we missed?

FENDI bergandingan tenaga dengan Jackson Wang, menghasilkan satu koleksi kolaborasi kapsul!

FENDI X Jackson Wang cedok segala identiti yang membaluti diri Jackson juga meligatkan muda lela Jackson dan menunjangi inspirasi. Bercampur dengan stail DNA FENDI, koleksi kapsul FENDI X Jackson Wang mencorakkan aspek yang menggambarkan hubungan antara fesyen dengan muzik dan kali ini, menyisip inclusivity, mempertaruhkan aliran pop.

fendi x jackson wangRona hitam serta senada pada logo ikonik FF menjadi signature utama koleksi kapsul ini yang menghidangkan pakaian sedia pakai seperti sut formal, ceraian baju panas, kemeja T serta seluar, bersama aksesori seperti beg clutch, topi besbol, sniker dan slides. Sniker menampilkan material kait teknikal, manakala slides mempersembahkan inovasi pada bahagian tapaknya.

Malah bagi merancakkan lagi kesemarakan FENDI X Jackson Wang, beg Baguette yang kini sudah tercipta untuk lelaki, turut dibariskan sekali! Beg Baguette istimewa ini terhasil dalam material kulit, di mana logo FF-nya pula menggunakan fabrik baldu. Setiap item disempurnakan lagi oleh logo ‘FENDI Team Wang’ bagi menambah keeksklusifan.

Bermula dari 20 Julai yang lepas, FENDI X Jackson Wang sudah tersedia di pasaran, di 33 butik terpilih segenap dunia.

MEMPERKENALKAN FENDIDI

Satu instalasi khas diwujudkan bagi merai koleksi kapsul FENDI X Jackson Wang! Instalasi beruang panda comel dan nakal, diberi julukan Fendidi direka secara eksklusif oleh Oscar Wang diletakkan di Chengdu IFS bermula dari 19 Julai sehingga 28 Julai. Tingginya lebih kurang 3.3 meter manakala lebarnya pula adalah dua meter, instalasi ini berbentuk kuboid dan tersimpan rapi dalam dinding gelas. Dihiasi lagi oleh perkataan ‘FUN, FRIENDS, FANTASY, FUNK’ bagi mencerminkan jati diri FENDI.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE