SEARCH

Fashion’s New Favourite? Sneaker Freeminder Longchamp!

Fashion’s New Favourite? Sneaker Freeminder Longchamp!

Longchamp mahu bertumpu dahulu, barulah melompat. Tak mahulah tergabas dalam membuahkan hasilan yang buat julung kali diperkenalkan ke dunia. Lalu, Freeminder Longchamp mengendahkan beberapa esen yang menjadi perhitungan utamanya. Yakni asimilasi antara budaya jalanan dengan chicness dan keyakinan sejati seorang perempuan. Di mana Longchamp kutip segala aspek tersebut dan diolah, terus menjadi identiti kasut sniker terbarunya!

Longchamp mempersembahkan, ‘ahli baharu dalam keluarga Longchamp’… yakni sniker Freeminder!

Freeminder Longchamp

Sniker Freeminder daripada Longchamp ini bak kameleon. Digelar ‘the go-anywhere and wear-with-anything sneaker’ yang bisa menyilih paradigma kita fasal penggayaan. Atas sebab versatility-nya, Freeminder bukan terhasil untuk satu gaya sahaja. Ia bersifat transformative, meruap sekali dengan tenaga. Misalnya, Freeminder mampu menukar gaya kerja kepada business on the top, party on the bottom atau pemaduan ia bersama sepasang kot klasik menterjemahkan sesuatu yang lebih cooler. Apatah lagi bila dipakai dengan hanya gaya kasual kemeja T dan jean, umpama melaung “sedia, mula, pergi!”

Freeminder Longchamp

Tapaknya yang tebal dan berbentuk wedge serta dibubuhi tali kasut elastik tanpa perlu ikat adalah antara faktor yang melengkapi identiti Freeminder – praktikal dan stailish. Menyaingi trend semasa, namun memelihara peri elegan yang sangat signifikan buat Longchamp. Tali kasutnya disempurnakan oleh kancing berupa tebu ruas yang melambangkan simbol ikonik Longchamp.

Bila melihat bahagian tapak Freeminder, ia menginspirasikan balapan kuda menderap manakala permukaannya sarat dengan panel-panel yang menegaskan elemen agresif. Freeminder daripada Longchamp hadir dalam pelbagai rona serta stail – seperti kombinasi motif eksotik juga motif kulit buaya daripada material kulit lembu dalam warna hitam putih, keharmonian rona biru lembut dengan kuning air, rona penuh putih dan cantuman tampalan motif kulit ular sawa.

Freeminder Longchamp

Percayalah, kasut ini akan menjadi item kegemaran sang pencinta-pencinta fesyen. Saat ia tersarung pada kaki, cabar diri untuk transformasi gaya.

Freeminder Longchamp

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE