SEARCH

Fyza Kadir & Apa Saja Dia Pakai… Is Everything We Want In Our Wardrobe! Lihat Gaya-Gaya Ikon Stail Lokal Abad Ini Yang Sangat Inspiring

Fyza Kadir & Apa Saja Dia Pakai… Is Everything We Want In Our Wardrobe! Lihat Gaya-Gaya Ikon Stail Lokal Abad Ini Yang Sangat Inspiring

Apa-apa pun, apa sahaja yang Fyza Kadir pakai membuat kami rasa mahu memiliki kesemuanya! Pertemuan saya dengan Fyza sewaktu di acara Buro Turns Two, first thing yang saya puji adalah skirt yang dia sarung bersama kemeja putih malam itu. Skirt pensil, dengan ropol besar di belakang dan bercorak petak buffalo warna hijau menyilangi warna biru. And we thought she carried it well! Bila saya tanya, skirt jenama apa, jawab Fyza, “Daripada Stella Jean. Saya sangat suka skirt ini. Saya nampak saja, tak teragak-agak saya membelinya.”

Tak mudah sebenarnya hendak mendukung gelaran ikon stail atau ikon fesyen. Bukan sekadar memakai apa yang trendy, muat turun gambar di media sosial dan mendambakan merit daripada pengikut-pengikut untuk menyedari betapa stylish-nya kamu. It doesn’t work that way. Tetapi Fyza pula lain, kerana apa yang dia pakai sesungguhnya stailish dan tidak sekalipun dia menyemboronokan gayanya.

Dia meletakkan estetika, mengisih cita rasa sekali dan tidak terlalu mencuba. Malah jenama-jenama yang dia pilih untuk dipakai sekaligus digayakan juga tidak ada satu pun yang tercela rupanya. Fyza tahu bagaimana untuk menggabung padan Burberry dengan Stella Jean, menyatukan jenama lokal dengan antarabangsa, bijak mengintegrasikan Salvatore Ferragamo dengan identitinya dan seumpamanya.

Kami mendekati Fyza, berbicara sama dengannya dan bercakap tentang stail. Kepingin hendak tahu identiti Fyza, dari mana lahirnya cinta dia pada fesyen dan apakah pesannya kepada mereka yang bercita-cita menjadi stailish. Kami juga menghendap Instagram Fyza (@fyzakadir30) dan sempat menyusun beberapa gaya pilihan. Fyza Kadir adalah ikon stail yang harus dirujuk!

Dari mana muncul rasa minat pada fesyen?
Sejak dari masa sekolah lagi. Saya sering bertukar-tukar beg dan kasut sekolah kerana saya rasa, kononnya hendak mengikut trend-lah. Haha! Selain itu, saya juga terpengaruh dengan arwah ayah saya. Arwah ayah seorang yang suka berfesyen jadi daripada situ, ia sedikit sebanyak mengilhami saya.

Jadi, bila dah dewasa sekarang, kamu berpeluang memakai pakaian-pakaian cantik dan berjenama. How does that make you feel?
Ia merangsangkan keyakinan dan memarakkan semangat saya. Ia menggembirakan saya kerana saya dapat merasai berpakaian cantik.

Apakah ceraian yang menjadi signature kamu?
Skirt pensil. Skirt pensil adalah item yang sudah sinonim dengan diri saya. Oh! Dan kasut juga!

Jadi, yang mana satu kiranya paling ‘ultimate’ dalam gerobok kamu?
Rasanya kasut, kerana pagi ke, petang ke, atau malam… jika ada masa terluang, saya akan susun kasut-kasut saya dalam gerobok.

Sw🍩🍩t dreamsss..

A post shared by FF (@fyzakadir30) on

Saya difahamkan yang kamu juga belajar fesyen dan tekstil, bukan?
Ya, benar. Saya adalah graduan bidang fesyen dan tektil dari Malaysian Institute of Art. See, saya memang seorang yang minat fesyen. Even masa belajar pun, saya ambil jurusan fesyen. Saya bersama rakan-rakan satu jurusan pernah menyertai pertandingan Piala Seri Endon, mereka batik kami sendiri sehingga meraih minat Sultanah Terenggganu.

Kiranya, kalau dengan kamu, memang tidak bolehlah sembarangan. Maksud saya, jika kamu menempah pakaian dengan pereka lokal, pasti kamu mementingkan teknikal, perincian dan sebagainya?
Betul. Saya sangat mengutamakan tenknikal, perincian dan jenis fabrik yang digunakan. Kerana melalui ilmu fesyen yang saya pernah pelajari dahulu, ia banyak membantu saya. Kalau kamu nak tahu, malah lining dalam pun saya beri perhatian. Bukan apa, ia untuk kepuasan diri saya juga. At the end of the day, you’d be spending your money on these items. Sudah tentulah kamu mengharapkan kualiti yang bagus, kan?

Kamu sangat menghargai pakaian yang kamu beli dan pakai?
Saya sangat value semua pakaian yang pernah saya beli dan pakai. Setelah dipakai, saya akan jaga dengan baik pakaian-pakaian itu. I’m quite a sentimental person when it comes to this. Kerana saya tahu bukan mudah untuk berbelanja ke atas ssesuatu pakaian itu. Sayang kalau tidak dijaga betul-betul.

#bellandrossmalaysia #FerragamoFW17 #FerragamoAndI ✨✨✨

A post shared by FF (@fyzakadir30) on

Pernah terfikir untuk memunculkan jenama fesyen sendiri kelak?
Ada juga. Semasa saya melancong ke China baru-baru ini pun, saya membeli banyak kain. Di rumah saya sudah ada terlalu banyak kain! Haha! Kerana saya ada terfikir untuk memulakan bisnes fesyen. Dan… saya mahu mulakan dengan menampilkan skirt-skirt pensil dahulu.

Kalau diberi peluang memiliki jenama sendiri kelak, what comes first, creative or business?
Semenstinya kreativiti, barulah bisnes. Namun saya rasa, saya boleh menawan kedua-dua cabang itu. Saya boleh gabungkan kreativiti dan bisnes. I can do that. 

Adakah kamu menjaga atau menata gaya suami kamu juga? Terutama sekali ke acara-acara formal atau semi formal.
Kadang-kadang ada juga. Suami saya seorang ahli perniagaan. Jadi, kamu tahulah, kalau ahli perniagaan, mereka biasa pakai seperti workwear dan seumpamanya. Dan fungsi saya adalah untuk mix and match gayanya. Saya akan bagi suami saya pakai ceraian yang ada warna, untuk memberi tenaga pada penampilan.

Head to toe in @burberry .. #TheDK88 #BurberryXfyza #throwbacksaturday

A post shared by FF (@fyzakadir30) on

Dalam banyak-banyak gaya kamu (yang kami lihat di Instagram) yang mana satukah menjadi kegemaran utama?
Saya suka dress dan jaket berwarna biru daripada Burberry yang saya pakai untuk salah satu acara di Pavilion. Kerana helaian tersebut punya siluet yang lain daripada yang lain, dengan uneven lapels dan lengan pula beropol. Di samping itu ia juga lightweight. Jadi, saya gayakannya mengikut cara saya… and the P.R loved it! I’m glad I did justice to the clothes. Saya sukakan helaian ini kerana siluetnya berbeza dan memberi ruang kepada saya untuk menjadi inovatif dalam penggayaan.

Do you care what other people think of you? Based on the clothes you wear and all?
Tak, saya langsung tak pedulikan kata-kata orang. Saya tahu, bukan semua orang sukakan kita, kan. Pasti akan ada mulut-mulut yang kurang manis bercakap pasal diri kita. Tetapi saya tidak kisah semua itu, malah saya tidak mahu acknowledge pun kewujudan mereka. Membuang masa dan tenaga saya.

Daripada mana pula muncul keberanian kamu untuk memakai pakaian-pakaian yang unik dan lain daripada yang lain ini?
Entahlah. Haha! Agknya, memang itu adalah diri saya yang suka mencuba pakaian-pakaian unik. Keberanian itu memang lama saya benam dalam jiwa saya.

Pereka atau jenama kegemaran?
Jika pereka atau jenama antarabangsa, saya sangat menyukai Valentino. Kalau lokal, sudah tentu Fizi Woo dan Innai Red.

Apakah perasaan kamu bila sekarang ini kamu dilabel sebagai ikon stail atau ikon fesyen sehingga menjadi rujukan orang lain?
Saya sangat-sangat menghargainya. Because I feel like I’ve done something right. Terima kasih jika ada yang melabel saya ikon stail atau ikon fesyen. Saya lagi suka jika ada yang menjadikan gaya saya sebagai rujukan. Kiranya saya dapat membantu mereka secara tidak langsung.

Pesanan kamu buat mereka yang mahu menjadi stailish?
Jangan melebih-lebih, gayakan sesuatu itu dalam right amount. Fahami tubuh kamu dahulu dan terapkan sekali identiti. Jangan hendak terlau mencuba sehingga luntur jati diri kamu.

In @bernardchandran SS17/18 🙌🏼

A post shared by FF (@fyzakadir30) on

Emporio Armani Fall Winter"17 #StailMY1 #EmporioArmani @armani

A post shared by FF (@fyzakadir30) on

@yslbeauty #YSLBeautyMY #YSLbeautyclub #YSLbeauty 💄

A post shared by FF (@fyzakadir30) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE