SEARCH

Gabrielle Union Sudah Menyergap Arena Fesyen Menjadi Ikon Stail, Siapa Lagi Figura Baru Yang Mendukung Gelaran Sama?

Gabrielle Union Sudah Menyergap Arena Fesyen Menjadi Ikon Stail, Siapa Lagi Figura Baru Yang Mendukung Gelaran Sama?

Gabrielle Union adalah ikon fesyen terbaru?! Gabrielle yang sudah lama dalam dunia hiburan, kenapa baru sekarang terdengar namanya diseru sebagai ikon fesyen? Tak terkejut pun dan tidak mustahil. Sudah menjadi satu lumrah dah, melihat kehadiran selebriti-selebriti senior (lebih senang menggelar mereka senior) mentransformasikan stail diri mereka dan berdiri menggenggam nama ikon fesyen – sehingga mereka dilabel ikon fesyen baru, sedangkan mereka orang lama.

Lihat saja penangan Celine Dion yang diberi sentuhan Law Roach, mempertunjukkan gaya-gaya baru Celine (like, her never before seen style) menjanjikan momen fesyen yang disebut-sebut tahun ini. Terkabul juga niat Celine untuk memahat namanya sebagai ikon fesyen, lantas dia berupaya ‘memasarkan’ dirinya sebagai rujukan stail. Celine Dion… insan yang kami sendiri tak terfikir pun mampu menjadi ikon fesyen. She has proved us wrong.

Ya, transformasi gaya atau stail bukan lagi ‘taboo’. Terlihat beberapa selebriti atau figura umum yang sudah lama bertapak dalam industri – sama ada industri seni dan seumpamanya – mengambil inisiatif mengakses ke liga fesyen, mengabdikan diri sebagai ikon fesyen atau stail, bagai dilahirkan semula, gubah jadi lebih stailish berbanding dia yang dulu. Dan perihal ini tidak sahaja diolah oleh selebriti-selebriti senior, malah selebriti-selebriti atau figura umum baru yang ada sekarang pun bangkit dan memberanikan diri menjadi ikon fesyen atau stail.


Daripada Instagram Gabrielle Union @gabunion

Kata teman sekerja saya, “Orang sudah bosan kot, tengok wajah yang sama saja kalau hendak bercakap fasal ikon fesyen.” Benar dan saya tidak menidakkan pun kata-katanya itu. Asyik yang sama saja, kadang-kadang menjenuhkan juga. Ingat lagi apakala Meg Ryan (ya, Meg Ryan, people!) memunculkan diri di atas kapet merah anugerah CFDA tahun ini, dalam dress slip labuh? Kami berhajat sesuatu yang tak dijangka selepas ini… ada kemungkinan Meg membuat comeback, mengganasi dunia hiburan dengan fesyen-fesyen terbarunya kelak? Harap-haraplah.

Berbicara tentang Gabrielle tadi, dia juga tidak mahu menyemboronokan usahanya menjadi lebih stailish. Dia mengupah penata gaya Thomas Christo untuk menjalankan magis ke atas dirinya. Thomas sendiri mengatakan yang bekerjasama dengan Gabrielle sangat mudah kerana Gabrielle punya pakej lengkap dan hanya perlu penambahan sana-sini saja. Dan Thomas cuba mengalih Gabrielle supaya tidak berada di takuk lama, sehingga Gabrielle berjaya mencuri perhatian ramai. Lebih-lebih lagi semasa Gabrielle bersama-sama suaminya, Dwayne Wade di sepanjang minggu Paris men’s Fashion Week baru-baru ini, and she slayed it! 

Jadi, siapa lagi ikon fesyen lain yang harus diberi tumpuan masakini? Kami senaraikan beberapa yang telah menggegarkan dunia fesyen dengan gaya-gaya luar biasa mereka. Antaranya, penyanyi baru, Dua Lipa, pelakon baru, Sasha Lane, pelakon lama, Tracee Ellis Ross dan bintang media sosial, Profesor Lyn Slater yang layak ditakhtakan ikon stail 2017.

IKON-IKON FESYEN TERBARU 2017!  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE