SEARCH

Celebrate Men! #throwback Pembukaan Galeri Lelaki Suria KLCC

Celebrate Men! #throwback Pembukaan Galeri Lelaki Suria KLCC

‘Merajai’ dasar yang berkeluasan 38,000 meter persegi di aras satu Suria KLCC, cukup serba-serbi dengan segala kemahuan laki-laki yang mementingkan kelas gaya distingtif dan si fashion-savvy. Terhidang butik-butik ternama seperti Coach Men, Hugo Boss, Brooks Brothers, Michael Kors, Boggi Milano, Fendi Men, Dior Men dan banyak lagi – di mana semua butik ini khas untuk lelaki.

Tidak menyempadani pilihan, butik-butik jam tangan seperti Breitling, Rado, Rolex dan Omega serta premis grooming yakni Truefitt & Hill turut dibariskan sekali di aras ini!

Ya! Suria KLCC telah membuka ruang Men’s Fashion Gallery yang dijangka memangkin satu pengalaman membeli-belah baharu buat pengunjung-pengunjung yang juga pencinta-pencinta fesyen dan stail.

Tertubuhnya Men’s Fashion Gallery Suria KLCC ini mengiringi permintaan juga peningkatan tuntutan pasaran lelaki di Malaysia, lantas Suria KLCC tidak membuang masa dalan berinisiatif untuk menjayakannya. Menambah atau mengembangkan ruang aras satu tersebut sebagai destinasi pembeli-belah menjulang aspirasi Suria KLCC yakni “Always Something New.”

Menurut Andrew Brien, selaku Pengarah Eksekutif juga Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, “When it comes to fashion and grooming, the modern man is all for self-expression. Tersisip satu sikap lelaki yang menjadi peka terhadap pengamatan diri dan terus, dia mula menumpukan perhatian ke atas dirinya juga, yang lebih condong kepada peningkatan pasaran sektor menswear serta grooming.”

Galeri Lelaki Suria KLCC
Fendy Bakry, Daler Yusuf & Ikmal Amry di pembukaan Men’s Fashion Gallery Suria KLCC

 

Selepas pelancaran rasminya pada dekat hujung April lepas, antara key-store di aras Men’s Fashion Gallery Suria KLCC :

  • BUTIK KENZO

Butik baharu di Suria KLCC! Jenama yang sudah berusia hampir lima dekad ini membuka satu-satunya butik terbesar di Malaysia dan ia terletak di aras Men’s Fashion Gallery Suria KLCC.

  • MICHAEL KORS

Bercakap tentang butik pertama, butik Michael Kors di Men’s Fashion Gallery Suria KLCC ini – Michael Kors Men – juga antara yang pertama dibuka di Malaysia.

  • DIOR MEN

The first of its kind in the country. Dior Men ini juga adalah butik Dior lelaki yang pertama.

  • COACH MEN

Coach Men di Suria KLCC ini adalah satu-satunya butik standalone Coach yang dikhususkan untuk lelaki. Dalam butik ini, tersedia Craftsmanship Bar buat pelanggan-pelanggan untuk merasai pengalaman personalization.

#throwback Pelancaran Men’s Fashion Gallery Suria KLCC

Galeri Lelaki Suria KLCC

 

Galeri Lelaki Suria KLCC

 

Galeri Lelaki Suria KLCC

 

Galeri Lelaki Suria KLCC
Julie anne kang & Fadlan hazim antara tetamu yang hadir

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE