SEARCH

Goodbye Toxic Masculinity, Lelaki-Lelaki Di Met Camp Buang Stereotaip!

Goodbye Toxic Masculinity, Lelaki-Lelaki Di Met Camp Buang Stereotaip!

Di Met Gala semalam – atau Met Camp – apa yang paling menarik adalah raga kemerdekaan gaya-gaya undangan lelaki! Masa itulah gender-fluid serta gaya lelaki yang tak gentar pada segala aspek dan dikatakan mencabar kejantanan mereka terlihat. Yang orang bilang bisa memunahkan toxic masculinity. And, we love it!

Seperti mana yang dinyatakan oleh kami semalam, pertukaran idea dan tema Met Gala saban tahun tidak hanya menduga daya kreatif pereka-pereka fesyen, malah selebriti-selebriti pun. Bayangkan dari tahun lepas, membawa tema berunsur keagamaan dan tahun ini terus berubah, mendukung wawasan yang bersandarkan campy. Sejujurnya, sebaik sahaja Vogue serta The Costume Institute mencanangkan tema ‘Camp : Notes On Fashion’, kami lebih teruja hendak melihat gaya-gaya undangan lelaki. Dalam menungan kami, membayangkan 1001 macam gaya atau fesyen camp lelaki di Met Gala.

Konsepsi gaya-gaya ‘ekstra’, menenggelamkan kejantinaan dan mencelikkan mata dengan sesuatu yang di luar jangkaan menjadi perkiraan kami. Dan kami rasa nama-nama seperti Cody Fern, Ezra Miller, Billy Porter juga Ashton Sanders pasti antara yang hadir… dan, tepat sekali ramalan kami!

Kalau dah Billy Porter hadir menjangkah masuk ke karpet merah, diusung oleh sekumpulan pembawa, sambil menggayakan kostum berona emas, siap menebarkan kain yang menyerupai sayap hasil rekaan The Blonds, membuktikan he’s here not to play. Kemudian si co-chair Met Gala tahun ini, yakni Harry Style memilih gaya bercirikan femininity – baju jumpsuit sheer di bahagian atas, dengan ikatan dasi – yang sudah sinonim dengan dirinya menunjukkan undangan lelaki juga tahu ‘permainan’ camp fashion.

 

Bila muncul pula Ezra Miller bergaya salam sut Burberry dilengkapi rangka korset yang diperbuat daripada butir-butir kristal, dengan solekan ilusi optik pada wajahnya hasil kerja tangan Mimi Choi, lagilah menguatkan keterujaan kami untuk memusatkan perhatian pada barisan undangan lelaki! Sudah tentulah Cody Fern pun tidak mahu tewas dalam ‘permainan’ ini – menggayakan rekaan Maison Margiela dengan gaya rambut feminin – manakala Darren Criss bersiap dalam rekaan Balmain, memilih untuk menyolek wajahnya dengan pembayang mata berwarna.

Oh, ada lihat Michael Urie di Met Gala semalam? Menyarung rekaan Christian Siriano yang mengahwinkan dua jantina dalam satu gaya dan dia juga adalah antara gaya pemenang! Tak ketinggalan gaya-gaya selebriti lelaki lain seperti Cole Sprouse, Henry Golding dan Maluma, yang sungguhpun tidaklah terlalu ekstra seperti yang lain, namun percubaan mereka untuk melanggar kod etika pakaian maskulin harus diberi pujian. Contohnya, Cole Sprouse tidak segan menyarung sut penuh dengan sulaman bunga daripada Salvatore Ferragamo dan Henry Golding (dalam Versace) serta Maluma (dalam Moschino) masing-masing menggayakan sut juga tuksedo yang tidak bersifat tradisional.

met camp met gala vogue 2019

COLE SPROUSE DALAM SALVATORE FERRAGAMO

HENRY GOLDING DALAM VERSACE

ODELL BECKHAM JR DALAM THOM BROWNE

MALUMA DALAM MOSCHINO

JARED LETO DALAM GUCCI

CODY FERN DALAM MAISON MARGIELA

TRAVIS SCOTT DALAM DIOR

DARREN CRISS DALAM BALMAIN

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE